05 di port dickson - Google Blog Search |
Peruntukan lebih RM350,000 disalur untuk penduduk miskin bandar <b>...</b> Posted: 04 Mar 2014 11:08 AM PST TELOK KEMANG 4 Mac - Sebanyak RM350,118 telah disalurkan kepada penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) sejak 2012 hingga kini. Yang Dipertua MPPD, Datuk Ab. Khalid Mat berkata, pemilihan penerima bantuan dibuat melalui pangkalan data e-Kasih. Beliau berkata, kriteria utama pemilihan peserta adalah mereka yang mempunyai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bandar bagi membantu mengurangkan beban kewangan keluarga miskin serta membina keyakinan dan jati diri golongan sasar. "Pemberian itu bertujuan meningkatkan keupayaan dan kebolehan mereka serta membantu kualiti hidup golongan ini," katanya. Beliau ditemui pemberita dalam program Road Tour Simbolik Penyerahan Kunci Bantuan Bina Baharu dan Program Ziarah Rumah ke Rumah Bantuan Baik Pulih tersebut di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tun Hairuddin Abu Bakar serta ADUN Linggi, Abdul Rahman Mohd. Redza. Ab. Khalid berkata, sebanyak enam jenis bantuan disediakan seperti sewa rumah, bina baharu rumah, baik pulih rumah, peralatan perniagaan, peralatan kesihatan dan bantuan kios bergerak. Sementara itu, penerima bantuan, Norzalilah Mokhtar, 39, dari Kampung Sungai Sekawang, Port Dickson berkata, dia menerima bantuan melalui skim rumah bina baharu. "Rumah saya dahulu sungguh daif, bukan sahaja bocor malah tiada bekalan elektrik serta air. "Saya terpaksa tidur dalam ketakutan dengan cahaya lilin sahaja setiap malam. Bantuan e-Kasih ini telah memberi keselesaan dan sinar baharu dalam kehidupan saya sekeluarga," ujar ibu tunggal itu yang tinggal bersama lima orang anaknya. Mas Ayu Ahmad, 40, berkata, beliau menerima bantuan rumah bina baharu di tanah pusaka milik keluarganya. "Rumah baharu ini nanti akan memberi keselesaan dan mengubah cara hidup kami. Terima kasih kerajaan kerana menyampaikan bantuan ini kepada golongan sasar," katanya. Johan Sani, 64, berkata, dia mene-rima bantuan bagi membaik pulih rumahnya yang sudah rosak dise-babkan papan semakin reput tetapi masih boleh dibaiki. "Keprihatinan kerajaan telah membantu dan amat dihargai kerana saya mengalami masalah kewangan bagi membaikinya," katanya. |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan