05 di port dickson - Google Blog Search |
Sewa Apartment 2 Bilik <b>Di Port Dickson</b> | kujie2.com Posted: 28 Feb 2014 04:23 AM PST Hujung minggu lepas, saya dan keluaraga bercuti singkat 2 hari 1 malam di Port Dickson. Tahun lepas kami sekeluarga ke Langkawi sewaktu Pameran LIMA 2013. Kali ni pergi dekat saja. Dari rumah, singgah Kajang ambil Along dan ke Port Dickson melalui Sepang – Salak Tinggi . Tak ikut highway. Saya dah booking apartment 2 bilik di Port Dickson melalui laman web agoda.com. Saya booking Seri Bulan Condominium kerana itu saja pilihan yang sesuai yang ada. Lokasinya tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan berada di tepi pantai. Senang nak turun ke pantai, tak perlu nak memandu. Harga bilik di Port Dickson RM 280.00 satu malam untuk apartment 2 bilik bagi saya dah memadai . Saya bukan nak yang mahal atau kemudahan berbintang-bintang, saya cuma nak apartment 2 bilik supaya kami dapat berkumpul sekeluarga. Ada banyak pilihan hotel di Port Dickson tetapi saya tak nak bilik hotel yang terpisah dengan anak-anak. Peluang bercuti bersama digunakan untuk berkumpul bersama-sama. Kawasan berbatu ini berdekatan Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang Inilah balai cerap Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang Balai cerap ini memiliki teleskop terbesar di Malaysia yang menjadi pusat kegiatan melihat anak bulan, kajian bintang dan sistem cakerawala dalam ilmu falak. Kawasan ini ada hotel iaitu Klana Beach Resort Port Dickson. Sebelah menyebelah saja dengan Seri Bulan Condominium. Kat kawasan inilah saya nampak seorang pakcik yang suka kutip sampah – baca kisah Pakcik Saipul di sini – Perkara Wajib Buat Di Pantai Port Dickson Sunset di Pantai Telok Kemang, Port Dickson. Aktiviti sukan air di pantai. Kami tengok orang lain main aje… hehehe Dah besar dah anak-anak saya ( termasuk abahnya kat belakang tu :) )
Lepas mandi di pantai, balik ke hotel, anak-anak mandi di kolam renang pula. Apartment kami sewa di Port Dickson ada kolam renang. Rezeki kami ternampak seekor burung merak yang bebas di tepi apartment penginapan. Malamnya, selepas dinner, kami keluar ke PD Waterfront. Tempat baru yang happening bila waktu malam. Kawasan berhadapan Starbuck dan McDonald pekan Port Dickson ini sungguh meriah dengan keluarga yang keluar membawa anak-anak. Ada yang main Giant Bubble, main kereta control untuk kanak-kanak dan entah beberapa mainan bercahaya yang lain. Lokasi PD Waterfront terletak di pekan Port Dickson di kawasan yang paling hujung ke arah laut. Biasanya pelancong akan melalui kawasan jalan pantai untuk ke Teluk Kemang iaitu kawasan rekreasi tumpuan. Jarang sangat pelancong yang akan masuk ke pekan Port Dickson. Sekarang kawasan yang panggil PD Waterfront ini semakin terkenal. Esoknya selepas check out, kami ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Ini kali kedua saya ke muzium tersebut, boleh baca pengalaman kami kali pertama melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson di sini – Terowong Komunis Malaya Di MuziumTentera Darat Port Dickson Nota : Dapat kejutan hadiah dari suami… terima kasih. Tak mengharap pun sebenarnya tetapi siapa tak suka hadiah, kan… |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan