05 di paroi - Google Blog Search |
Sang Rusa Diterkam Harimau Kumbang <b>Di Paroi</b> - Informasi Rasmi <b>...</b> Posted: 21 Mar 2014 10:01 PM PDT Seremban - Penyerang muda berbakat dari Kedah yang pernah beraksi untuk pasukan USM FC dan antara pemain utama pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga FAM musim lepas iaitu Mohamad Baser Napae berjaya mencuri tumpuan dalam perlawanan semalam apabila berjaya menampilkan aksi terbaik dengan menjaringkan 2 gol bagi membantu pasukan P Pinang menewaskan pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pulau Pinang yang menduduki tangga kedua selepas 7 perlawanan dengan 16 mata turun dengan penuh semangat untuk mengutip 3 mata di Paroi bagi mengekalkan kedudukan terbaik dalam liga. Walaubagaimanapun Negeri Sembilan terlebih dahulu mengejutkan Pulau Pinang seawal minit ke -9 apabila penyerang import mereka iaitu Kim Jin Ryong melakukan rembatan dalam kotak penalti menewaskan G. Jeevananthan selepas kesilapan pemain pertahanan Pulau Pinang yang tergelincir dalam usaha menghalang serangan pasukan tuan rumah. Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak kekal lama apabila Mohamad Baser berjaya menanduk bola muntah yang terkena tiang dari sepakan percuma yang diambil oleh Lee Gil Hoon pada minit ke -13. Selepas mendapat jaringan penyamaan, P Pinang terus mengasak bertali arus ke arah gawang gol N Sembilan yang memaksa penjaga gol mereka iaitu Badrulzaman bekerja keras menyelamatkan rembatan deras Lee Gil Hoon dari luar kotak penalti pada minit ke-20. P Pinang berjaya mendahului pada minit ke-25 apabila Mohamad Baser sekali lagi bijak mencuri peluang melalui tandukan apabila menerima hantaran daripada sepakan sudut sekali lagi membuatkan barisan pertahanan Negeri Sembilan kecewa. Kelincahan Mohamad Baser dan kombinasi baik antara bahagian tengah dengan barisan serangan sekali lagi berjaya menghasilkan gol apabila gerakan satu dua Mohamad Baser dengan Hilton Moriera telah membolehkan Hilton Moriera menjaringkan gol ke-3 pada minit ke -32. Pulau Pinang menampilkan aksi pantas melalui hantaran pendek terus memberi tekanan kepada pasukan Negeri Sembilan untuk mengekang asakan P Pinang. Negeri Sembilan yang cuba bangkit di separuh masa kedua melalui serangan bertali arus melalui penyerang importnya iaitu Effa Owana digagalkan dengan baik oleh G Jeevananthan yang berjaya menyelamatkan 2 percubaan 1 lawan 1 dan 3 sepakan percuma yang dilakukan oleh Effa Owana. P Pinang juga mendapat beberapa peluang terbaik di penghujung babak kedua namun percubaan hanya singgah di palang gol. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Kemenangan ini membolehkan P Pinang berkongsi mata dengan pendahulu Liga ketika ini iaitu PDRM dengan 19 mata selepas PDRM hanya seri dengan Felda United 3-3 dalam perlawanan yang berlansung di Stadium Selayang. Kemenangan ini juga mengembirakan hampir 300 penyokong P Pinang yang sama-sama hadir memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. P Pinang akan menentang Kedah dalam perlawanan ke-9 di Stadium Bandaraya pada 24 Mac 2014 (Isnin). ARENA PENANG FA |
You are subscribed to email updates from di paroi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan