05 di paroi - Google Blog Search |
TRW Pilih 'Berkelana' Ke <b>Paroi</b> | Kelate.Net Posted: 06 Mar 2014 11:49 PM PST KELANTAN memilih untuk menjalani latihan singkat di padang rumput tiruan 'fieldturf' di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan petang ini sebagai persediaan menghadapi Lions XII FC pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu ini. Pengendali The Red Warriors, Steve Darby berkata, keputusan untuk 'berkelana' seketika ke Negeri Sembilan dibuat bagi memastikan semua barisan pemainnya dapat membiasakan diri dengan keadaan beraksi di atas padang rumput tiruan itu. "Memang berbeza jika anda bermain di atas padang rumput tiruan dan padang biasa. Memandangkan di Kelantan tidak ada kemudahan seperti ini, elok rasanya kami pergi lebih awal untuk berlatih di sana (Paroi). "Saya harap tempoh masa yang ada ini, pemain boleh menyesuaikan diri berlatih di padang berkenaan. Saya tahu pergerakan bola dan lantunannya agak laju apabila kita bermain di atas padang seperti ini dan Lions XII FC ada kelebihan kerana itu adalah gelanggang utama mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sesi latihan skuad Kelantan bagaimana pun tidak disertai empat pemain utama iaitu Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi, Ahmad Fakri Saarani dan Khairul Fahmi Che Mat yang hanya akan menyertai rakan sepasukannya pagi esok setelah menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 malam tadi. Sementara penyerang import, Mohamad Ghaddar juga akan melaporkan diri bersama Kelantan pagi esok sekembali beliau dari Bangkok setelah mewakili negaranya, Lubnan menentang Thailand pada aksi satu perlawanan persahabatan antarabangsa. Begitu pun, jurulatih berusia 59 tahun itu menganggap ketiadaan empat tonggak tersebut berlatih di Paroi bukanlah satu masalah besar, sebaliknya beliau percaya pengalaman dimiliki mereka mampu mengimbangi kekuatan pasukannya apabila berdepan skuad kendalian Fandi Ahmad nanti. Dalam perkembangan lain, pengendali kelahiran England itu mengesahkan dua pemain importnya, Mohamed Shawky Aly dan Francis Forkey Doe hampir pulih daripada kecederaan dan berada dalam perancangannya untuk dibawa ke Singapura. "Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua mereka sudah pulih dan sepatutnya cukup cergas untuk diturunkan pada Sabtu ini. "Apa pun, saya akan memantau situasi terkini dua pemain itu di Paroi sebelum menentukan kedudukan sebenar mereka," katanya. www.sinarharian.com.my | ||
BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di paroi</b> - Google Blog Search Posted: 31 Jan 2014 11:16 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di paroi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan