05 di lenggeng - Google Blog Search |
MEMMETLENGGENG: Tragedi Pesawat MH 370 Posted: 07 Mar 2014 10:55 PM PST Serasa hilang semua kegembiraan saya sebaik sahaja mendapat berita tentang kehilangan sebuah pesawat milik MAS (MH 370) awal pagi tadi. MAS adalah pilihan utama saya sebelum ini sebagai pengangkutan udara. Tambahan pula seorang rakan sekelas (sejak dari darjah satu lagi) adalah salah seorang cabin crew MAS yang biasa berulang alik ke luar negara. Dengan cepat kawan-kawan menghubungi beliau untuk mengetahui dimana berada. Syukurlah, beliau tidak ditugaskan ke Beijing semalam. Saya di rumah seriau juga apabila beliau tidak menjawab msg wassup kami semua. Tragedi seperti ini adalah sangat rare di Malaysia, tambahan yang melibatkan pesawat besar seperti Boieng 777. Namun beberapa tahun lepas memang ada sebuah pesawat MAS(boieng 747) yang hampir-hampir ditimpa tragedi menakutkan ketika dalam perjalanan ke Heathrow, London. Enjin pesawat terbakar ketika melalui ruang udara di Pulau Pinang tetapi Alhamdulillah, semuanya selamat selepas itu. Kali terakhir pesawat MAS terhempas pula adalah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang Johor. Saya tidak ada apa yang hendak dikatakan lagi selain sama-sama mendoakan pesawat MH 370 yang hilang itu agar ditemui. Semoga ada yang terselamat walaupun harapan tipis. Salah seorang dalam pesawat tersebut ialah pegawai PTD MITI yang dalam perjalanan untuk melapor diri di Beijing, kata kawan saya di MOF. Tragedi yang sangat menyedihkan. Hanya kuasa Allah sahaja yang mampu menyelamatkan mereka untuk masih bersama kita di dunia ini atau sebaliknya membawa kembali ke alam yang kekal. Apapun inilah risiko menggunakan aircraft. Saya turut bersedih bagi pihak MAS kerana selepas pelbagai masalah yang dihadapi berturut-turut, mereka dilanda lagi satu bencana. Bersedih kerana MAS adalah GLC kerajaan dan ramai anak melayu bekerja di sana. MAS masih menjadi pilihan utama saya sebagai aircraft, walaupun selepas tragedi ini. Semua yang berlaku adalah dengan kuasa dan izin Allah Yang Maha Besar Putrajaya |
You are subscribed to email updates from di lenggeng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan