Ahad, 9 Mac 2014

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Catuan air akan dilaksanakan <b>di Gemas</b> dan Tampin - Harakah Daily

Posted: 05 Mar 2014 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) akan melaksanakan pelan catuan air di kawasan Gemas dan Tampin berikutan Sungai Muar, yang membekalkan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru menyusut ke paras kritikal.
    
Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), pihak Sains telah memohon melaksanakan catuan itu dan akan mengumumkan perincian catuan itu dalam masa terdekat.
    
"LRA Gemas Baru kebiasaannya merawat air sebanyak 27.7 juta liter sehari (JLH), kini hanya mampu mengeluarkan 12 JLH sahaja iaitu pengurangan sebanyak 15.7 JLH atau 57 peratus," kata kenyataan itu.
    
Pengurangan pengeluaran air di loji itu akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna di Daerah Jempol dan Tampin khususnya di kawasan Felda Palong, Felda Bukit Jalur serta sebahagian kawasan Gemas dan Tampin.
    
"Adalah dianggarkan sebanyak 13,263 akaun pengguna akan terjejas bekalan air," kata kenyataan itu.
    
Menurut kenyataan itu Sains mencadangkan supaya kawasan-kawasan di daerah Jempol dan Tampin dibahagikan kepada empat zon dan setiap dua zon akan menerima bekalan air selama 24 jam secara berselang iaitu sehari mendapat bekalan air dan sehari dicatu sehingga diberitahu kelak.
    
"Sains akan mengumumkan perincian catuan seperti senarai kawasan yang terlibat, jadual catuan serta lain-lain maklumat penting di media massa dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
    
Tambah kenyataan itu, Sains juga memaklumkan bahawa Empangan Gemenceh kini menyusut dengan kadar yang membimbangkan.
    
Sains sedang memantau rapi paras air di empangan itu dan akan merujuk kepada Span sekiranya catuan di daerah Rembau diperlukan, kata kenyataan itu. – Bernama

Catuan air selang sehari <b>di Gemas</b> mulai esok | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 03:33 AM PST

SONY DSC

SEREMBAN, 05 Mac – Masalah kekeringan air sungai khususnya di Sungai Gemas berlaku berikutan kemarau  berterusan  yang melanda. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dalam membantu menyediakan bekalan air kepada peduduk di sekitar Gemas dan Palong.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, catuan air akan dilakukan bermula esok di kawasan Gemas dan proses catuan akan dijalankan setiap selang satu hari.

Menurut beliau lagi, ini merupakan cabaran buat Kerajaan Negeri dalam menghadapi situasi seperti ini. Ketiadaan hujan di empangan Gemencheh yang berterusan sehingga 25 Mac 2014 ini akan mengakibatkan pihak Kerajaan Negeri terpaksa mencatu air sehinggakan tiada lagi masalah kekurangan bekalan air.

Semua kemudahan yang digunakan untuk menangani isu ini telah diserahkan kepada jawatankuasa yang dilantik. Usaha sama daripada persatuan-persatuan lori tangki turut menyumbang menempatkan tangki air bagi memastikan bekalan air dapat dibekalkan kepada masyarakat yang terjejas.

"Operasi pembenihan awan telah dilaksanakan di kawasan Kuala Pilah diikuti dengan kawasan Gemas. Hujan yang berlaku akan membantu meningkatkan paras tampungan air di empangan".

Katanya mengenai isu jerebu di Nilai dan Seremban, pihak sekolah diminta menangguh serta mengurangkan aktiviti luar ekoran tahap jerebu yang melanda hampir ke tahap kritikal. Punca dapat dikenal pasti berdasarkan kes-kes kebakaran yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Oleh: Khairul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads