05 di teluk kemang - Google Blog Search |
TMM 2014 | Port Dickson - Part 2 : <b>Teluk Kemang</b> - supermeng malaya Posted: 03 Feb 2014 08:00 AM PST Korang kalau pegi Port Dickson selalu lepak mana? Aku ni dah selalu la jugak pegi PD ni tapi banyaknya urusan kerja so lepak lepak kat kawasan hotel je lah. Kalau bersantai pun sama lepak kat hotel jer dan jarang pegi terjah explore ke pantai pantai lain. Tapi kali ni, nak jugak jelajah dan tengok kawasan jadi kami ke Teluk Kemang ! Psst.. First time aku sampai sini nih !!! Jadi usha la apa yang menarik di Teluk Kemang ni. Signage Pantai Teluk Kemang Selalu lalu je kat area ni tak pernah tergerak hati nak park dan usha. Kali ni pegi park kereta dan tengok ramai jugak orang. Ada deretan gerai gerai di buka dan ada kawasan lapang untuk permainan dan macam macam acara. Budak budak pastinya seronok di kawasan ni. Parking agak limited, kalau lambat memang penuh lah. Orang pun agak ramai. Di kawasan sebelum jejak pantai. Ada tandas awam tepi sana tu Aktiviti pantai... Cuaca kurang menarik. Masa ni ujan rintik rintik..air je tak berapa bergelora dan ramai orang mandi manda... Yang bersantai dan lepak lepak pun ada. Ada jugak khemah untuk di sewa Budak budak nampak air dan gelojoh nak mandi, tapi aku tak kasi. Nampak air tak berapa lawa dan macam berbahaya dengan musim musim yang tak menentu macam ni. Berapa guni pasir nak guna ni? Dan meriah. Sekali pandang macam pantai di Phuket !! Okey.. aku exaggerate Bersiap sedia nak beraktiviti Pelampung untuk di sewa rasanya Watercraft... bagi yang berminat Kami lepak minum di gerai tepi pantai tu..... air botol zaman dulu dulu.. ada lagi rupanya sekarang ni. Makan kerang rebus. Papa lepak santai nganga mulut je sebab ada 2 orang tukang suap. Hero dengan Princess Usha keliling.... hari dah petang Pilih saja mana nak lepak Kuda padi menunggu sepi dalam hujan Princess amuk nak main kereta ni tapi sebab hujan aku tak bagi Ni pun boleh membuatkan budak budak teruja berlebihan Kuda merenung masa depan..... Ada jugak carriage macam ni..... kalau bawak aku harus rosak terus... Apa apa pun, aku tak sangka ada tempat macam ni di PD.. Happening jugak lah. All these while aku ingat pantai PD yang dekat lain atau biasanya pantai pantai kat hotel hotel tu je. Rupa rupanya ada jugak yang meriah dan banyak orang. Malu lak rasa. Berjalan satu dunia, negara sendiri pun tak abis explore lagi. Menarik dan ada banyak aktiviti. Boleh jugak cuci cuci mata. Macam aku cakap tadi, saling tak tumpah macam pantai Patong di Phuket minus Bangla Road ! Oh okey.. Aku exaggerate sekali lagi..... * lari dengan guni guni............ Ingat ! Malaysia Truly Asia............. |
Singgah Sebentar <b>di</b> Pantai Peranginan <b>Teluk Kemang</b>, Port Dickson... Posted: 04 Feb 2014 01:48 AM PST Assalammualaikum dan selamat hari Selasa... Anda pernah pergi ke sini tak? Pantai Peranginan Teluk Kemang, Port Dickson... Ada yang masih lagi bercuti hari ni? Semalam selepas hantar adik EH yang bongsu balik ke Kem PLKN Warisan Masjid Tanah, Melaka sempat singgah sebentar di Negeri Sembilan. Sahaja berjalan di tempat orang melihat keindahan waktu petang di Port Dickson... Pemandangan matahari terbenam di pantai. Subhanallah cantiknya... Desiran ombak sentiasa kelihatan walaupun hari mulai senja. Butiran pasir yang halus umpama memijak tepung gandum yang lembut dan melekat di celah jejari kaki. Menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa sambil berjalan di tepi pantai. Ramai juga orang yang pergi ke sini semalam. Tak lama berada di sana sebelum bertolak ke JB. Kebetulan masih lagi dalam mood cuti CNY, perjalanan pergi dalam balik semalam kenderaan bergerak perlahan di lebuh raya PLUS. Ada juga berlaku kemalangan kenderaan. Ok semua, sekian dan sayonara! Segmen Ekspresi Interaksi EH: Jauh perjalanan luas pemandangan.... |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan