05 di teluk kemang - Google Blog Search |
" Tiada Kepalsuan ": <b>Teluk Kemang</b>, Port Dickson Posted: 27 Jan 2014 05:10 PM PST Tajuk : Teluk Kemang, Port Dickson Komen : Keadaan pantai memuaskan, Pelbagai aktiviti boleh di jalankan. Di Teluk kemang ini juga di sediakan aktiviti pantai seperti, Banana Boat, Jet Sky, dan banyak lagi.Para pelancong juga boleh mengadakan BBQ pada sebelah malam, memang menyeronokan. Terdapat Chalet, Resort dan sebagainya. Pelancong juga boleh mendirikan khemah berdekatan pantai. Secara keseluruhannya memuaskan. |
Berkelah <b>di</b> Pantai <b>Teluk Kemang</b> | Bisnes, Gaya Hidup, Kesihatan <b>...</b> Posted: 20 Dec 2013 08:28 PM PST Semasa pulang dari Johor Bahru hari Isnin lepas kami sekeluarga singgah ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Mulanya niat nak pergi Pantai Klebang, Melaka tapi timing tak kena sebab masa tu baru tengahari. Kalau Port Dickson kira sedang elok kami sampai dalam pukul 3 lebih, taklah panas terik nak main pantai. Rasanya last sekali saya pergi PD masa baru nikah tahun 2006. Masa tu saya bertugas di Hospital Tampin sebelum pindah ke Kedah. Tapi masa tu kami tak mandi pun, datang dating je. Kiranya ni first time kami akan naik 'banana boat' bersama (maknanya saya pernah naik dgn org lain la :D). Selain permainan air, kat daratan juga ada macam-macam keseronokan seperti menunggang kuda, kereta kuda, sewa tricycle dan pelbagai permainan kanak-kanak selain deretan kedai makan dan kedai souvenir. Sini juga ada kemudahan tandas berbayar, boleh mandi juga. Amik gambar macam couple biasa buat la. Baby Amir Khalif yang ngantuk sesangat jadi segar bugar terus bila sampai sini. Posing dulu sebelum betul-betul naik, test drive gitu. Baby ni memang terer mandi pantai, langsung tak takut dengan ombak. Terkial-kial dia nak lepas, nak menyelam dalam air. Agaknya dah biasa mandi kat swimming pool jadi berani. Anak nombor dua ni penakut sikit dengan ombak. Kena pegang je, tak berani dia nak main air sendiri walaupun kat gigi ombak. Nak ajak naik banana boat lagilah tak sesuai, taknak cari pasal. Lagipun baru je baca berita pasal kanal-kanak mati lemas lepas jatuhan banana boat. Ceritanya, ayah arwah kanak-kanak yg berusia 2 setengah tahun tu dah pesan pemandu bot tu jangan terbalikkan banana boat tu tapi dibuatnya juga. Masa jatuh tu jaket keselamatan yg dipakai tertanggal pulak. Dah sampai ajal, nak buat macamana kan. Petang dalam pukul 6 kami selesai. Mandi tukar baju pastu bertolak balik ke KL. Kalau nak tahu, kami sewa khemah RM30, ada meja kecil dan kerusi plastik dan kerusi malas. Naik banana boat RM20 seorang. Lain kali kalau pergi JB mesti singgah sini lagi, sebab memang best! |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan