Ahad, 16 Februari 2014

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Kematian bayi kembar ibu muda <b>di</b> Hospital <b>Kuala Pilah</b> akan disiasat

Posted: 13 Feb 2014 03:01 AM PST

SEREMBAN – Satu pasukan Lembaga Siasatan Perubatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan sepasang suami isteri mengenai kematian anak kembar perempuannya yang berpunca daripada kecuaian Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, siasatan terperinci akan dilakukan berdasarkan aduan yang diterima daripada pasangan berkenaan melalui penubuhan lembaga siasatan perubatan.

Katanya, lembaga siasatan itu dianggotai pakar  perubatan bagi menyiasat dan menyelidik setiap sudut.

"Bagaimanapun, kita akan mengambil masa bagi melengkapkan siasatan," katanya dekat sini.

Sementara itu, Pengarah HTAN Dr Harlina Abdul Rashid berkata, pihaknya sudah meneliti laporan  perubatan dan aduan pasangan terbabit.

"Siasatan akan dijalankan tetapi akan mengambil masa dan apabila kertas siasatan diperoleh, kami (HTAN) akan memaklumkan perkara itu kepada mereka," katanya, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads