05 di jelebu - Google Blog Search |
warisanwizurai: TEMPAT MENARIK <b>DI JELEBU</b> Posted: 09 Feb 2014 05:50 PM PST Sempena Tahun Melawat Malaysia yang secara rasminya bermula pada 5 Januari 2014, WW akan menyenaraikan tempat yang menarik yang boleh di lawati di daerah Jelebu. Daerah Jelebu bukanlah satu daerah yang ekonominya tertumpu kepada industri tetapi lebih terarah kepada aktiviti pertanian. Oleh yang demikian konsep pelancongan yang boleh di temui di Jelebu adalah eko pelancongan iaitu pelancongan berasaskan alam semulajadi. Di bawah ini adalah tempat yang menarik boleh anda lawati sekiranya Jelebu menjadi pilihan anda. Kurang lengkap lawatan anda ke Jelebu tanpa mengunjungi Makam Moyang Salleh. WW letakkan sebagai tempat pertama yang anda harus lawati kerna sekiranya anda berhasrat untuk mengetahui sejarah awal daerah Jelebu, maklumat di makam ini boleh dijadikan panduan. Sini adalah serba sedikit sejarah Moyang Salleh. Moyang Salleh adalah Penghulu ke-3 bagi Jelebu, selepas To' Gombak (dari Pagarruyong) dan To' Mentunggang ketika di bawah pemerintahannyalah berlakunya pembunuhan Siamat, anak Orang Kaya Kechil Rembau. Siamat dibunuh dalam tahun 1957 atas arahan Sultan Johor, apabila Orang Kechil Rembau enggan mengahwinkan anaknya Sri Banun dengan baginda Sultan. Untuk mengelakkan nasib yang sama, Moyang Salleh bersama-sama 4 orang kuatnya, telah datang ke Johor untuk menunjukkan protes terhadap pembunuhan itu. Ketibaan mereka tidak dipedulikan, dan kerana itu mereka telah memutuskan untuk menunjukkan kehebatan mereka bagi menarik perhatian Sultan. Selama 7 hari 7 malam hujan turun tidak berhenti-henti namun kerana kuasa ajaib Moyang Salleh, tidak setitik pun dari air hujan itu gugur di atas tubuh kelima-lima sahabat ini. Selepas menyaksikan keajaiban itu, Sultan membenarkan mereka berkhemah di beranda istana, namun baginda masih tidak menghiraukan kewujudan mereka. Kelima-lima sahabat ini meneruskan demonstrasi kebolehan mereka, antaranya menggoyangkan pokok kelapa yang tinggi dan kukuh, menggoncang istana, dan mengeluarkan asap dan api dari mulut. Kagum dengan kebolehan mereka ini, Sultan akhirnya mula memberi perhatian kepada mereka. Hasil perbincangan, akhirnya Moyang Salleh diberikan hak terhadap Jelebu dan membawa pangkat Dato' Mandulika Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Secara tidak langsung, terpisahlah Jelebu daripada Johor. Peristiwa ini disebut dalam sejarah sebagai "pembebasan daripada kuasa pegangan Kesultanan Johor". ( mdj) 2. Masjid Kampung Dulang Gambar atas adalah Masjid Kg Dulang yang lama dan yang baru adalah masjid yang ada pada masa sekarang. Masjid ini juga boleh menjadi lokasi pilihan tempat menarik untuk di lawati di Jelebu. Apa yang istimewanya masjid ini? Nampak macam biasa bukan? Tapi untuk pengetahuaan anda, masjid ini merupakan masjid yang tertua di daerah ini. Dibina pada abad ke 16 oleh Dato Nika dan Mudim Khatib Raja iaitu orang muslim dari Minangkabau. Masjid ini dikatakan mendapat nama sempena peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini dimana terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semuah jemaah. Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui sehinggalah dulang tersebut ghaib secara tiba-tiba. Masjid yang pada mulanya dibina tanpa menggunakan paku ini juga masih mengekallkan reka bentuk asalnya walaupun terdapat beberapa penambahbaikan. Untuk peminat sejarah, bolehlah berkunjung ke lokasi ini. Lokasi seterusnya adalah Hutan Lipur Jeram Toi. Diletakkan di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah, Lokasi Jeram Toi paling mudah untuk ditemui. Sekiranya anda dari Seremban, perjalanan anda akan melalui bukit tangga, dipenghujung bukit tangga anda akan nampak signboard dikiri jalan yang tertera Hutan Lipur Jeram Toi. Perjalanan dari Seremban memakan masa lebih kurang 30 minit ke lokasi berkenaan. Jeram Toi telah ditemui semasa pemerintahan British dalam tahun 1895. Asal namanya diambilsempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak Orang Asli yang menghuni hutan ini suatu masa dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi seorang pemimpin yang bijaksana hingga berjaya mengalahkan sekumpulan Orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah Perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi. Apa yang menariknya Jeram Toi ini? keistimewaan lokasi ini ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga Tempat ini dahulunya tidak sesuai untuk aktiviti mandi mada, tapi selepas pihak pengurusan membuat kepungan, jadilah ia seperti kolam yang sesuai untuk aktiviti tersebut seperti yang anda lihat pada gambar di atas. Maklumat lebih lanjut boleh hubungi Pejabat Hutan Daerah di talian 06-765 9849 4. Hutan Lipur Lata Kijang Sekiranya anda mahu pengalaman yang lebih mencabar, Hutan Lipur Lata Kijang boleh dimasukkan dalam senarai lokasi wajib dilawat. Untuk info, Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha. Terletak 48 km dari pekan Kuala Klawang dan 78 km dari Seremban, tarikan utama lokasi ini adalah air terjun setinggi 80 meter yang merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan. Juga diletakkan dibawah seliaan Pejabat Hutan Daerah, produk pelancongan ini menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang serta dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Amat sesuai bagi pencinta alam dan para penyelidik berikutan keunikan Hutan Lipur ini adalah dari sudut spesies tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain. Titi Eco Farm Resort juga menarik untuk dikunjungi dengan konsep yang diketengahkan adalah dusun dan tanaman herba.Ladang seluas 30 hektar ini di miliki oleh penduduk tempatan iaitu They Chan dan Lim Mok Lai, ladang berciri alam sekitar ini mempunyai rumah panjang dan 'chalet' berkembar yang boleh menampung hingga 100 orang serta dewan serba guna untuk pelbagai aktiviti. Antara produk-produk yang ditawarkan kepada pengunjung adalah tanaman sayuran organik, dusun buahan, taman herba, kolam ikan dan pusat rekreasi. Pelbagai makanan organik turut disediakan, malah pelancong boleh mengikuti aktiviti yang menyihatkan seperti mandian herba, memasak makanan gaya sihat dan bersantai dalam suasana nyaman jauh dari hiruk-pikuk di bandar. Alamat lokasi ini adalah: Lot 1706, 1708, 1203, 1349, 1916 Sungai Rotan, Glami Lemi, 71650 Jelebu. Ini antara produk-produk pelancongan yang ditawarkan di daerah Jelebu. Ada banyak lagi sebenarnya. Nanti ada masa WW akan senaraikan lagi. Sementara itu, kepada yang belum mengenali Jelebu, mengunjungi lokasi-lokasi menarik ini boleh membantu anda untuk memahaminya. | |||||
BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di jelebu</b> - Google Blog Search Posted: 31 Jan 2014 09:06 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di jelebu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan