Selasa, 7 Januari 2014

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search

Kemalangan putus kepala <b>di Rembau</b> - Media Suara Insan (MSI)

Posted: 13 Dec 2013 04:36 AM PST

Kelihatan anggota bomba dan penyelamat serta anggota polis mengangkat mayat seorang pemandu yang maut selepas kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kota kira-kira pukul 11 pagi dekat Rembau hari ini.

REMBAU – Seorang lelaki putus kepala apabila keretanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1, Jalan Seremban-Tampin di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika R.Sivakumar, 39, dalam perjalanan dari arah Tampin menuju Seremban.

Jurucakap polis berkata mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan cuba memotong beberapa kenderaan lain dihadapannya sebelum bertembung dengan treler berkenaan.

"Tubuh mangsa tersepit di tempat duduk sementara kepalanya putus dan tercampak keluar dari kereta," katanya.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom memgesahkan kejadian itu.  – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads