05 di port dickson - Google Blog Search |
- Kisah Kek Pelangi <b>di Port Dickson</b> ~ Bila Blog Berbicara
- Minyak masak kurang <b>di Port Dickson</b> - Utusan Online
- Mrs Fiza: Cuti² <b>Port Dickson</b> 2013 : Penginapan <b>di</b> Apartment KWSP
Kisah Kek Pelangi <b>di Port Dickson</b> ~ Bila Blog Berbicara Posted: 07 Jan 2014 09:32 PM PST Salam semua pembaca blog Mahamahu sekalian. Hari tu ada buat status kat Fb Mahamahu nak cari Kek Pelangi. Ramai bagi bantuan dan juga pendapat terima kasih sgt2. Mahamahu terharu rasa kepada kawn2 semua. Kalau nak baca boleh pergi facebook Mahamahu and ada lagi status tu. Kat mana tempat nak cari Kek Pelangi. Dah habis search semua kat mr Google nak cari tempat. Cite nya mcm ni kawan serumah Mahamahu nak celebrate birthday dia. Plan nak celebrate kat Port Dickson bersam beberapa org kawn lagi. Mereka semua dah sedia kat sana dan persiapan semua dah sedia. Mahamahu and housemate ni kat KL mencarilah serata pelusuk nak dapatkan Kek Pelangi ni. memang susah sgt, last sekali pergi juga ker KulCats Cafe area Taman Tun Dr Ismail. Kat situ lah last sekali dpt jumpa Kek Pelangi ni. Kalau search kat google semua org kata kena buat tempahan 2 3 hari sebelum event baru leh dpt. Tapi Mahamahu dah tak sempat mlm sehari sebelum baru pergi cari memang tak dpt lah Kek Pelangi yg nak tempah. So sampai kat KulCats Cafe beli lah Kek Pelangi yg dalam size comel ni. Dapat jer Kek Pelangi ni petang dan terus shoot ke Port Dickson dengan laju nya. Memang agak laju gak nak sampai Port Dickson sebab ada kawn dah standby kat sana dengan BBQ. Thanks to Abg Wan atas transportation untuk mlm tu. Sampai kat Port Dickson pukul 7 dan sampai jer terus start BBQ sebab tak nak sampai mlm sgt. Terima kasih pada En Syafiq dan Cik Raihan kerana menyediakan BBQ dan Sandwich yg sedap untuk mlm tu. Mlm tu kita org BBq sampai pukul 10 mlm dan siap mandi manda lagi kat tepi pantai Port Dickson tu mlm2. Kerja gila lah dia org ni mandi pantai malam2 dengan gelap nya heheh tapi seronok sebab dpt spend time bersama kawn2 yg hari2 bias sibuk dengan urusan kerja masing2. Ni jelah time dpt bersama2 untuk bergembira. Tapi apa pun thanks pada semua yg menjayakan sambutan hari jadi Mr Haikal yg telah masuk usia 24 waaaaa dah tua hehehe. |
Minyak masak kurang <b>di Port Dickson</b> - Utusan Online Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST Oleh KHAIRUL NAJIB SARULAH KHAN Raju menunjukkan tempat simpanan minyak masak yang kehabisan stok di Kedai Runcit Balan Mini Market. TELOK KEMANG 15 Jan. - Masalah kekurangan minyak masak kembali membelenggu pengguna di sekitar daerah ini apabila mereka mula sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut. Peniaga dan orang ramai merungut sukar memperoleh bekalan minyak masak peket sejak sebulan lalu sehingga terpaksa mengunjungi beberapa kedai di ibu negeri ini untuk mendapatkannya. Malah tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit sekitar kawasan Lukut, Port Dickson dan Bandar Sunggala turut mendapati bekalan bahan masakan itu terutamanya minyak masak peket sekilogram kehabisan stok. Menurut peruncit, Su Chee Lan, 45, masalah kekurangan bekalan minyak masak mula membelenggu daerah ini pada pertengahan bulan Disember lalu. ''Pemborong juga mengehadkan pembelian disebabkan mereka turut menghadapi masalah yang sama. Kita sememangnya tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan. ''Ada juga pelanggan merungut tetapi kita tidak dapat membantu mereka disebabkan kekurangan bekalan," katanya yang berniaga di pasar raya Port Dickson, Bandar Sunggala dekat sini. Peniaga, R. Paneerselvam, 58, pula kesal kerana masalah bekalan minyak masak ini sering berlaku setiap tahun. ''Saya bukan sahaja tidak dapat memenuhi permintaan minyak masak peket, malah turut kehabisan bekalan minyak masak botol. Ini disebabkan kuantiti yang kita tempah melalui pemborong tidak dapat dibekalkan secukupnya. ''Kini kedai saya telah dua minggu kehabisan minyak masak dan hanya tinggal minyak jagung serta sayur sahaja," keluhnya yang berniaga di kedai Balan Mini Market, Port Dickson. Tambah pekerja di Kedai Rakyat 1Malaysia yang enggan dikenali, setiap minggu bekalan minyak akan sampai sebanyak 10 peti yang mengandungi 170 paket. ''Sejak pertengahan bulan lalu pembekal hanya hantar bekalan dua minggu sekali dan itu pun tidak sampai 10 peti. Ini menyebabkan minyak habis dalam tempoh tiga hari sahaja. ''Kita juga mengalami kekurangan minyak masak botol tetapi tidak seteruk minyak paket. Masalah ini akan membebankan pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah," jelasnya. Bagi pengguna, Jumary Md. Nor, 41, sebagai pengusaha kedai makan, minyak merupakan keperluan baginya. "Saya hanya dapat membeli dua paket, itu pun kerana saya merupakan pelanggan tetap di sebuah kedai pemborong di pekan ini. "Jika mereka pelanggan yang jarang datang semestinya akan diberitahu minyak tersebut habis bekalan," katanya. |
Mrs Fiza: Cuti² <b>Port Dickson</b> 2013 : Penginapan <b>di</b> Apartment KWSP Posted: 18 Dec 2013 05:01 PM PST Jumaat lepas amik cuti untuk habiskan masa bersama family di Port Dickson.Percutian kali ni melibatkan family mentua..Abang ipar dan family dari Langkawi, family kakak ipar dengan mentua dari Semenyih.Pagi jumaat tu bertolak lah kami ke PD.Penginapan semua kakak ipar dah uruskan.Kami sampai terus check in je. Percutian singkat dan bajet untuk bersama family.Jauh family abang ipar datang..jadilah dapat bawak anak² diorang bersuka ria mandi laut..hehe Untuk penginapan kami stay dekat aparment KWSP di tanjung tuan..atas sikit je dari Pantai Teluk Kemang..Mujurlah suami kakak ipar keje dengan kwsp, bila percutian bersama diorang mesti menginap di apartment KWSP.macam tu jugak masa pegi Cameron Highland haritu..hiks Oklah apartment KWSP dekat PD ni..kelengkapan semua cukup.. bilik ketiga katil bujang bilik kedua katil queen ni bilik kami..kecik sikit dari master bedroom kata kakak ipar, dulu siap berdapur boleh masak dengan aman dalam ni..tapi diorang dah pindahkan ke bawah..kali ni kena lah turun bawah setiap kali nak masak. besar kan ruang tamu dia..kami duduk serumah dengan kakak ipar dan mentua.family abang ipar di rumah lain dengan anak² dia 5orang..kakak ipar booked dua rumah selesa sikit sebab ramai² ni kan. master bedroom yang besar.. menu² yang dimasak di aparment kwsp..semua lauk pauk dah siap diperap dari rumah..sampai apartment terus masuk freezer je..bahan masak lain pon dah siap bawak dari rumah..sepanjang kat sana 3kali lah masak²..makan tengah hari jumaat, makan malam jumaat, dan makan pagi sabtu.. komen untuk apartment KWSP ni ok lah untuk percutian bajet..rumah pon lengkap dengan peralatan memasak..cumanya apartment ni mungkin dah lama jadi perabot dalam ni dah nampak keuzuran dia..huhu |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan