Selasa, 14 Januari 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Cacing &#39;pun-pun&#39; diburu kaki pancing <b>di Port Dickson</b> - Utusan Online

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Mohamad Ikmal menunjukkan cacing laut atau pun-pun yang dijualnya di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

TELOK KEMANG 23 Dis. - Mungkin tidak ramai yang mengenali sejenis cacing laut yang dikenali sebagai pun-pun. Cacing 'gergasi' ini biasanya menjadi 'buruan' kaki pancing apatah lagi mereka yang datang berkunjung di tepi pantai peranginan, Port Dickson dekat sini.

Walaupun beberapa ekor pun-pun yang dijadikan umpan ini dijual pada harga tertentu, kaki pancing tidak ambil peduli kerana minat yang tinggi untuk meraih tangkapan lebih besar di persisiran pantai mendahului segalanya.

Maka, tidak hairanlah pencari cacing pun-pun ini mengambil kesempatan menjual cacing laut itu dengan harga sekitar RM5 sebungkus kepada kaki pancing yang memang ramai datang ke Port Dickson, terutama pada waktu petang dan malam untuk aktiviti memancing.

Seorang peniaga, Mohamad Ikmal, 19 berkata, dia telah melakukan kerja itu sejak bertahun lamanya dan ia adalah sebahagian kerja yang dilakukan oleh ahli keluarganya.

''Permintaan terhadap pun-pun ini sentiasa ada dan ia akan meningkat setiap kali tiba musim cuti persekolahan," katanya sewaktu ditemui Utusan Malaysia di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini hari ini.

Kata Mohamad, perniagaan peralatan memancing serta umpan itu dibuka dari pukul 12 tengah hari sehinggalah 5 petang sepanjang cuti persekolahan ini.

Bagaimanapun ada ketikanya perniagaan tidak dibuka kerana faktor cuaca dan jumlah pun-pun yang diperoleh berkurangan.

''Pada hari biasa, saya menjual sebanyak 15 bungkus pun-pun sehari, tetapi pada waktu musim cuti persekolahan ini, saya boleh menjual 50 plastik pun-pun setiap hari.

''Kebanyakan pembeli adalah pelancong yang datang bercuti ke Port Dickson. Ada juga yang datang kerana mesyuarat dan pada waktu malam mereka akan memancing di tepi pantai ini," jelasnya.

Beliau juga berkata, mencari pun-pun memerlukan kemahiran kerana cacing laut ini pandai bersembunyi.

''Kadang kala saya juga terserempak dengan ular laut yang datang ke arah tangan sewaktu menggali lubuk pun-pun. Cacing ini juga adalah makanan reptilia ini,'' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads