Ahad, 12 Januari 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


DaRi HaTi NaZiRaH: Rumah sendiri, kenangan ku <b>di Port Dickson</b>

Posted: 26 Dec 2013 10:23 PM PST


Teringin sangat nak dok berasingan, bukan ada masalah apa, cumanya nak ada kehidupan sendiri. Doa ku moga bila aku habis belajar nanti ada rezeki abang untuk kerja tetap di darat, dapat rumah sendiri.
Aku seorang perempuan, naluri ku ingin punya sebuah rumah yang aku boleh uruskan sendiri, yang aku bebas untuk perhiaskan apa pun.
Jujur, aku rindukan kehidupan aku di port Dickson dulu. Mac 2011-Jun 2011, andai saja di waktu ini abang membawa aku ke sana, pasti aku tersenyum bahagia, kerana aku sudah tahu bagaimana untuk menghiasi rumah itu, menyusun perabot-perabot yang ada, laman hadapan yang luas penuh dengan pokok kaktus aku.. ya Allah..
Masak untuk abang, tunggu abang balik kerja, keluar di hujung minggu, kekadang rasa nak nangis ja bila kenangkan kenangan di sana..
Aku tak penah pun berbincang dengan abang tentang hal ini secara detail dan serius, hanya sembang gitu2 ja, mungkin aku masih belajar. Jadi perkara ini tak sesuai dibincangkan, tapi perkara ini juga la yang sering menghantui aku, ke mana kami selepas ini, adakah masih menumpang di rumah keluarga abang?

Andai saja abang baca entry aku kali ni, ketahuilah betapa aku inginkan semua ini. Moga abang sudah ada perancangan untuk kami. amin..
Kenangan di Port Dickson.
Ni ja gambar kenangan yang ada, ruang dapur, ruang tengah, bilik aku tak ambik gambar pun, sayang sangat, tapi nak buat camna, benda tak jangka yang hanya 3 bulan ja nak menetap di sini..huhu. Rindu!! (T___T)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads