Khamis, 2 Januari 2014

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


JPAM buka Pejabat Daerah Pertahanan Awam <b>di Jempol</b>

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

KUALA PILAH 31 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ini akan membuka sebuah Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Jempol yang baharu pada penghujung Februari depan bagi membantu sebarang kes kecemasan dan menyelamat.

Pengarahnya, Mejar Che Adam A. Rahman berkata, sebuah bangunan milik Pejabat Daerah Tanah Jempol di Taman Kwang Hup, Bahau akan diubah suai sebagai pusat operasi PDPA Jempol.

"Kita telah melihat kawasan berkenaan yang didapati amat sesuai untuk digunakan sebagai pusat operasi agensi ini bagi membantu kerja menyelamat dan kecemasan di kawasan Bahau dan Jempol khususnya," katanya dalam majlis meraikan pertukaran beliau ke Terengganu di sini hari ini.

Che Adam akan bertukar ke JPAM Terengganu pada 5 Januari ini selepas tiga tahun berkhidmat sebagai pengarah di negeri ini.

Tambahnya, kerja baik pulih itu dijangka menelan kos RM20,000 dan PDPA itu bakal menempatkan seorang pegawai berjawatan tetap dengan dibantu lima anggota sukarela JPAM.

"Kita juga telah mengkaji lojistik dan keperluan untuk membuka pusat operasi berkenaan selepas mengenal pasti kawasan tersebut adalah laluan 'segitiga' yang menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan negeri ini, selain peningkatan kadar kemalangan jalan raya terutama dalam musim cuti dan perayaan," katanya.

Tambah Che Adam, ini juga adalah sebahagian kerjasama Strategi Lautan Biru Nasional membabitkan kerjasama rondaan bersama pasukan polis, Rela, Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"JPAM negeri berharap dengan adanya pusat itu kelak, pihak kami dapat menambah bilangan anggota sukarela terutamanya belia untuk menyertai pasukan ini," ujarnya.

Untuk peringkat awal katanya, pemantauan pusat operasi itu akan dilakukan oleh Pegawai PDPA Kuala Pilah, Abas Hussain sementara menunggu kelengkapan jentera dan tenaga kerja.

Dalam pada itu, JPAM negeri juga merancang untuk membuka sebuah lagi PDPA untuk kawasan Nilai selepas mengenal lokasinya.

Individu Ghaib ketika nak buang air <b>di Jempol</b> - Lihat Hantu Sebenar <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2014 10:58 PM PST

JANGAN LUPA KOMEN DIATAS ;)

Individu Ghaib ketika nak buang air di Jempol

Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias 2, di sini, sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan 'orang bunian'.

Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4.
Namun, rakan sekerja yang menunggu Mohd Nizam di dalam van terkejut selepas mendapati lelaki terbabit tidak membuang air kecil, tetapi sekadar menghadap sebuah pokok sebelum berlari ke dalam ladang berkenaan.
Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat rawatan Islam kelmarin, bagi menggerakkan operasi mencari selepas keluarganya bimbang kehilangan itu.
Dalam solat hajat, bacaan Yasin dan zikir, pengamal perubatan Islam, Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaighu mengetuai gerakan mencari bersama penduduk jam 9.45 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads