05 di jelebu - Google Blog Search |
Nasir Catering Group @ NC Group <b>Jelebu</b> Negeri Sembilan - LoNG TT Posted: 01 Jan 2014 12:38 AM PST SEJARAH RINGKAS AKU Aku telah melibatkan diri dalam dunia penyediaan makanan atau katering sejak tahun 2007 bersama NC Group (Nasir Catering).Penglibatan aku mulanya sekadar suka-suka untuk mengelakan bosan dgn ketiadaan aktiviti dirumah semasa hari cuti.Sesudah hampir setahun maka minat aku untuk menambah pendapatan makin bersemangat.Maka itu aku secara seriusnya dan sepenuh masa (Hari tidak bekerja) aku ditugaskan membantu pelbagai tugasan di dewan memasak,di stor dan tugas-tugas layanan tetamu VIP mahupun awam. Tugas-tugas memasak dikendalikan sepenuhnya oleh Big Boss kami (Tok Nasir) bersama pembantu khas memasak dan tugas aku hanyalah kerja-kerja akhir sebelum makanan ini dibawa ke lokasi Majlis. Aku bersyukur dgn Izin Nya aku diberi tenaga,kesihatan dan semangat untuk terus bekerja disamping menambah pendapatan bagi menyara keluarga.Dalam masa yang sama juga aku membekalkan terus Nasi Lemak untuk kantin Sekolah berdekatan.Mungkin juga semangat aku bersama dunia peenyediaan makanan ini telah disemai sejak aku bersekolah lagi krn suatu masa dulu aku pernah membantu keluarga berniaga makanan di Jelebu Estate (1988~1994) dan berniaga Satay di Petaling,Ladang Jelebu dan Titi (1998~2004) NASIR CATERING @ NC Group Sekitar Daerah Jelebu nama Nasir Catering tidak asing lagi dan amat dikenali penduduk setempat.Tempahan juga boleh dipertimbangkan sekiranya lokasi berada diluar Daerah Jelebu seperti persempadanan daerah dan Negeri.Antara lokasi yang pernah mendapat khidmat tempahan makanan dari Nasir Catering ialah Putrajaya,Semenyeh,Sendayan,Seremban,Lui,Jempol,Bahau,Pasoh dan beberapa lagi tempat yang sekitarnya berdekatan.Tempahan biasanya boleh dibuat seawal mungkin untuk menetapkan tarikh dan berkaitan menu dan harga boleh dibincangkan terus dengan Big Boss kami. Antara menu menarik ialah-Masakan Tradisional N9,Masakan 1 Malaysia,Masakan halal Esotik,Ulam-Ulaman dan pelbagai hidangan dengan harga pakej menarik yang tentunya tidak membebankan. NC Group juga sedia menerima sebarang tempahan untuk sebarang majlis-Jamuan VIP,Politik,Perkahwinan,Doa kesyukuran,Berkhatan,Cukur jambul dan apa jua keramaian. Pakej yang disediakan juga terdapat pelbagai pilihan.Antaranya-Hidangan pengantin,Hidangan meja VVIP,Santapan beradat dan juga menerima tempahan masakan lauk pilihan. Sebarang tempahan dan rundingan boleh dibuat terus kepada Big Boss (Tok Nasir) atau Penyelia (Pn. Maa Mah).Boleh juga terus ke Dewan masak tertletak di Jln Teriang Kg.Baru Petaling atau ke Pejabat Am di Tmn Irama Jalan Titi. Terbaik dari NC Group |
You are subscribed to email updates from di jelebu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan