As salam semuo…
Selesai makan-makan di rumah terbuka Kak Ju , PM sekeluarga pun menuju ke Port Dickson…perjalanan dari Subang Bestari ke Port Dickson lebih kurang 1 1/2 jam sahaja…
Port Dickson bukanlah asing bagi PM , dari kecil lagi PM sudah mandi manda di sana bersama keluarga…malah PM dan wife juga bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson , dulu ponteng sekolah pun mandi laut Port Dickson , agak nakal sedikit dulu…hehe
Jodoh PM dan wife juga bermula di Port Dickson ketika bertemu di reunion yang pertama selepas hampir 7 tahun tamat persekolahan , begitulah dekatnya Port Dickson di hati PM dan wife , cheewah…haha
Namun kini Port Dickson sudah lebih cantik dan bersih berbanding dulu , kemudahan awam juga lebih banyak…bandarnya sudah kelihatan lebih maju , sekarang macam-macam ada , McDonald ada , Papa Rich ada , Pak Hailam Kopitiam ada , Giant ada , dulu apa pun takde…
Tahniah kepada kerajaan Negeri Sembilan kerana melakukan inisiatif untuk melakukan perubahan terhadap Port Dickson yang merupakan produk pelancongan utama Negeri Sembilan…
Kini , giliran PM dan wife membawa Mifz mandi manda di Port Dickson…pada awalnya PM sangkakan Mifz akan takut dengan laut dan ombak , sangkaan PM meleset…
– bergambar sambil menunggu Atuk dan Nenek serta keluarga Kak Lang…
– Mifz sudah tak boleh sabar , beberapa kali mengajak PM turun ke pantai secepat mungkin…
– tidak berapa ramai orang pada hari tersebut…
– bertambah seronok bermain apabila sepupunya sampai…
– agak dalam sebenarnya tuh , namun Mifz sedikit pun tidak takut…
– sebaliknya sepupu Mifz , Rayyan agak takut sehingga dipaksa oleh papanya…hehe
– sesekali kami bermain pasir…
– sesekali kami berlari…
– sesekali kami berjalan akibat keletihan…
– Mifz suka melihat mainannya dihanyutkan ombak…
– sesekali kami bermain kejar-kejar…
– penuh bersemangat tanpa mengenal erti letih…
– kami beransur pulang apabila matahari hampir terbenam…
Lokasi sebenar gambar-gambar di atas ialah di Teluk Kemang , Batu 8…biasanya jika hendak mandi manda di Port Dickson memang PM suka pergi ke sana kerana banyak kemudahan awam yang disediakan , di sana pun terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya menaiki banana boat dan jet-ski …
Kedai-kedai menjual cendermata pun bersepah kat Teluk Kemang nih , tapi PM tak singgah pun akibat kesuntukkan masa…
Selain Teluk Kemang , Batu 4 Port Dickson pun best jugak untuk mandi manda , setelah pihak berkuasa menambak pasir , Batu 4 kelihatan lebih bersih dan cantik…kedai makan pun banyak disana , setiap Sabtu pula terdapat pasar malam , agak meriah juga…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan