Ahad, 15 Disember 2013

05 di seremban - Google Blog Search

di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search

(Gambar) Kemalangan Maut Di Senawang Melibatkan Enam ...

Posted: 06 Dec 2013 03:47 AM PST

Oh! Media ada melaporkan tentang satu kemalangan lebih kurang jam 4:45 petang di Lebuhraya PLUS Arah Selatan yang membabitkan 6 buah kenderaan berhampiran exit Senawang menghala ke Pedas.

Kemalangan melibatkan sebuah tanker, trailer, Myvi, Innova dan Kawasaki RR. Driver bas meninggal dunia. Baby dalam Myvi cedera manakala ibunya dan bapanya meninggal dunia. Pemandu trailer selamat. Penunggang motosikal patah kaki.

Myvi hancur menyebabkan mayat si ibu dan bapa tidak dapat dikeluarkan. Bayi terselemat kerana si bapa sempat memeluk bayi tersebut. Si ibu dilaporkan mengalami kecederaan yang mengerikan di mana hancur keseluruhan badan.

Innalillah. Takziah dari buat semua keluarga mangsa yang terkorban.

Gambar:

Laporan Kami Petang tadi:

Akibat kemalangan ini, lebuhraya PLUS kedua-dua arah sesak sepanjang lebih 8KM. Dinasihatkan pengguna jalanraya untuk membuat lencongan bagi tidak tersangkut di dalam kesesakan ini.

KEMASKINI:

Bayi yang terselamat pada awalnya akhirnya meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

REMBAU: Tiga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Sementara suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing.

Katanya akibat itu lori berkenaan kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.

"Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula teksi berkenaan," katanya di lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori seberat 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

"Bas persiaran yang tidak berpenumpang itu yang dipandu Ahmad Zaki melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya," katanya.

Katanya pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – AWANI

4 Ditahan Dalam Operasi JPJ & AADK Di Seremban - MyNewsHub

Posted: 10 Dec 2013 11:09 PM PST

SEREMBAN – Empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar bandar ini malam tadi.

Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata mereka ditahan setelah didapati positif mengambil dadah menerusi ujian air kencing.

"Seramai 34 orang diperiksa air kencing dalam operasi itu. Daripada lima sekatan jalan raya yang dilakukan dalam operasi itu, sebanyak 19 motosikal dan lima kereta disita serta 142 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau juga berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas, JPJ Negeri Sembilan mengeluarkan 25,214 saman membabitkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di negeri itu.

Katanya kesalahan paling banyak ialah tiada lesen dan lesen tamat tempoh iaitu 10,274.

Operasi tiga jam itu melibatkan 105 anggota JPJ dan 10 anggota AADK. – BERNAMA

4 Ditahan Dalam Operasi JPJ & AADK Di Serembanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Ops-Bersepadu-JPJ.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Ops-Bersepadu-JPJ-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

SEREMBAN - Empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar bandar ini malam tadi. Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata mereka ditahan setelah didapati positif mengambil dadah menerusi ujian air kencing. 'Seramai 34 orang...

SEREMBAN - Empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar bandar ini malam tadi.

Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata mereka ditahan setelah didapati positif mengambil dadah menerusi ujian air kencing.

"Seramai 34 orang diperiksa air kencing dalam operasi itu. Daripada lima sekatan jalan raya yang dilakukan dalam operasi itu, sebanyak 19 motosikal dan lima kereta disita serta 142 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau juga berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas, JPJ Negeri Sembilan mengeluarkan 25,214 saman membabitkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di negeri itu.

Katanya kesalahan paling banyak ialah tiada lesen dan lesen tamat tempoh iaitu 10,274.

Operasi tiga jam itu melibatkan 105 anggota JPJ dan 10 anggota AADK. - BERNAMA