Rabu, 4 Disember 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


My Rainbow...: Jemputan Kenduri <b>di Rembau</b>

Posted: 02 Dec 2013 05:40 PM PST

Assalamualaikum.....

Jemputan ni, kami hadiri lama dah. Dalam bulan Syawal tahun ni. Lama kannn. Hehehehe. Sayang pula kalau tak buat entry. Officemate kita, Kak Ana yang jemput. Keluarganya di Rembau ada buat majlis tahlil sedikit. Lagipun, rumah kami kan di Alor Gajah. Dekat jer lah. Sajer nak kenal2 dengan mak Kak Ana.

Adam pakai baju raya yang tak pernah di pakai lagi walaupun dah penghujung Syawal.

Kami tiba dalam pukul 11.00 juga lah. Alhamdulillah, sempat join tahlil dan aminkan doa. Memang tak berniat nak singgah lama sebab nak pergi tengok Ba pula di hospital. Waktu melawat kan pukul 1.00 tgh hari, so sempatlah kami memenuhi undangan Kak Ana. Yang kat atas ni pinggan kita. Sambal tumis udang 2 ekor, ayam masak merah seketul kecil, bergedil seketul. Ada petola campur lobak masak lemak putih daaaaan..... yang paling spesel ialah tempoyak daun kayu nya. Memang marbeles. Sedap sangat2. Ini, tak tahu dah berapa jenis daun, yang penting ianya sedap. Pinggan Adam dan tangan Adam. Tengoklah pinggannya...tak ada unsur2 kaler hijau langsung. Udang, bergedil, ikan sekor gedabak, ayam lagi. Last2, ikan tu terpaksa di kongsi bertiga, bergedil di ambil separuh oleh papanya. Tamak betul. Tahulah sedap. Dan dia terpaksa menghabiskan sayur daun kayu yang kita paksa dia makan juga. Padan muka dia. Walhal dia suka jer sayur, tapi bila ada ayam masak merah jer, dia mula lupa sayur.

Terima kasih Kak Ana sebab sudi jemput kami. Dapatlah jumpa mak Kak Ana sekejap. Tak dapat sembang pun sebab tak nak ganggu mereka yang sedang sibuk. Insya Allah, ada rezeki, raya tahun depan kita sampai lagi.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads