Khamis, 12 Disember 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Menjawab Provokasi ROBOH surau Kg. Pondok <b>Rasah</b>

Posted: 08 Nov 2013 05:47 AM PST

Assalamualaikum WBT,

Adapun posting ini dibuat adalah untuk menjawab provokasi hangat yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kami akan isu menaik taraf bangunan surau Kampung Pondok Rasah yang secara asalnya diasaskan oleh Almarhum Tuan Syeikh Haji Ahmad bin Syeikh Muhammad Said al-Linggi pada awal 1935. Di dalam artikel ini kami cuba akan menjawab secara umum akan segala persoalan yang telah mereka bangkitkan serta kami menafikan segala tuduhan tidak berasas dari mereka. Semoga ia mampu memberi nafas kelegaan buat mereka yang menyintai khazanah silam ini.

1. Adakah surau ini waqaf atau masih lagi milik anak-anak keluarga Almarhum(Faraid)

Untuk makluman semua, adapun tapak asal pertama surau ini dan yang kini telah menjadi bangunan keseluruhan surau ( Lot 7635) ini telah dihasratkan sendiri oleh Almarhum Tuan Syeikh Haji Ahmad kepada kerajaan pada tahun 1963 (Tercatat pada geran). Seterusnya telah diserahkan (bersama Lot 7636) di awal tahun 1990 an dengan persetujuan kesemua keempat-empat isteri Almarhum Tuan Syeikh yang mana kesemuanya masih lagi hidup pada ketika itu. Dan penyerahan ini telah dilakukan oleh anakanda beliau sendiri iaitu Syeikh Mohd Paiz dan Syeikh Mohd Abid selaku wakil berdaftar yang berkuasa dibawah seksen 197 bawah kanun tanah negara. Pada tahun 1993 pula ia telah direzabkan untuk maksud awam dibawah seksen 62 dibawah kanun tanah negara sebagai tapak surau dibawah kawalan Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus.


Maka terjawab sudah bahawa ia bukanlah warisan turun-temurun atau masih belum difaraidkan sesama anak Almarhum Tuan Syeikh Haji Ahmad sementelah ia sempurna menjadi waqaf umum ummat Islam yang boleh dimanfaatkan secara bersama.
2. Kenapa perlu bina semula berbanding baik pulih?
Kami menjawab soalan ini adalah berdasarkan provokasi yang dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan semberono terhadap kami tanpa melalui jalan bertanya atau terlebih sudu dari kuah menunjuk handal seolah-olah mereka mempunyai kemahiran mendalam dalam bidang pembinaan. Provokasi murahan ini kami anggap lucu dan agak kebudak-budakkan yang sememangnya malas pada asalnya untuk kami jawab. 
Antara idea yang mereka utarakan ialah boleh membaikpulih bangunan surau tanpa merobohkan terus struktur asal bangunan. 
-Jawapan kami ialah perubahan yang ingin dilakukan adalah besar mengikut wang peruntukan yang telah kami terima sementelah idea untuk membaik pulih lebih mahal dari segi kos berbanding membina semula. Juga melihat struktur tiang asal yang semakin uzur dan telah hancur kebanyakkannya dimakan anai-anai dan kebocoran atap yang tidak diketahui mana tempatnya yang terpaksa di rombak secara keseluruhan. 
Bagi persoalan ia adalah bangunan yang memberi nostalgia/bersejarah/berkat, ia lebih bersifat individu lantaran kalau mahu dikaitkan dengan struktur asal binaan zaman Almarhum Tuan Syeikh Ahmad pun telah tiada lagi. Untuk makluman kepada semua yang struktur asal binaan pada zaman Almarhum Tuan Syeikh Ahmad telah tiada lagi dan surau ini telah mengalami perubahan fizikal pada struktur bangunan sebanyak 3 kali mengikut rekod yang kami ada. 
Dengan persetujuan dan kebenaran dari segi fatwa pula, dimaklumkan bahawa sumbangan material pada struktur bangunan akan dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi meneruskan legasi waqaf yang berterusan dan tidak putus selama mana ia boleh bertahan. Baik dari segi kayu-kayan, surau, almari, pintu dan segalanya yang berada di dalam surau ini.
*Adapun pandangan dari mereka yang mengatakan tiada keberkatan pada sumbangan jutaan ringgit yang kami terima untuk pembinaan itu kami merasakan beliau bersifat jahil dan membuta-tuli bercakap mengikut hawa nafsu tanpa berfikir.
3. Waqaf asal, apa yang akan kami lakukan?
InsyaAllah, mengikut perancangan yang telah disepakati dalam mesyuarat Jawatankuasa pembangunan surau, telah bersetuju mengikut arahan berpandukan fatwa yang telah diberikan bagi memelihara komponen waqaf yang sedia ada. Mana yang boleh dipakai, akan digunakan semua dan yang tidak terpakai pula akan dijual dan duit itu akan dimasukkan ke tabung pembinaan surau. Karpet dan almari akan dijual dan diserahkan pada surau/tempat pengajian yang mahu menerimanya. Adapun struktur lantai akan dikekalkan kecuali tapak beam yang akan diubahsuai. 
InsyaAllah kami bersama organisasi yang terlibat akan berusaha sehabis daya agar isu ini dapat diselesaikan sebaiknya.
4. Surau Kampung Pondok Rasah juga dibawah kawalan Enakmen Tarekat Negeri Sembilan dan perlu juga mematuhi segala peraturan dibawahnya. Mungkin sulit bagi sesetengah pihak untuk memahaminya namun pada kami lebih sulit pada mereka yang tidak faham-faham dan berterusan menyerang kami dengan pelbagai istilah yang tidak elok untuk kami dengar. Telah beberapa siri penerangan dilakukan oleh pihak berwajib dan kenapa masih ada segelintir yang menunjuk pandai dan hebat membuat tafsiran sendiri dalam institusi Tarekat ini??? 
4. Kami hanya menguruskan perihal surau ini dan juga bagi pembinaan yang baru dibawah milik Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Tiada kredit untuk kami mendabik dada untuk tujuan yang murni ini. Tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti dan rasional yang kukuh kami anggap seperti angin yang lalu. Terlalu banyak perkara teknikal, masalah berbangkit dan sulit untuk kami beritahu kepada semua sekaligus untuk memuaskan hati semua pihak. 

Apa maksudnya bagi 2 printscreen diatas? Kenapa di war-warkan kalimat ROBOH? Apa maksud admin al-Linggi ini dengan kenyataan di atas?  Isu Masjid Dato' Bandar Rasah adalah berbeza dengan isu surau Kampung Pondok yang akan dinaik taraf? Kenapa dipusingkan cerita sehingga kelihatan jijik seperti ini? Legasi Almarhum apa yang ingin dipertahankan kalau begini perangai yang cuba ditunjukkan tanpa mengetahui sekelumit pun buah tangan Almarhum Syeikh berkenaan tarekat yang telah pun dibukukan?
3 ekar tanah waris disebelah surau? Perlu ke kami jawab berkenaan isu tanah tersebut?
Tak payah naik taraf? surau dah 3 kali diubahsuai sebelum ini, kenapa yang ni ada isu wahai admin al-Linggi? Tahu ke tidak pasal waqaf ni?
Bangunan lama yang dikekalkan bagaimana pulak strukturnya pakcik? agak-agaklah kalau mahu buat perbandingan pun, pyramid kalau diperbuat dari kayu pun lama dah orang putih tukar jadi batu. 
"Kita di Malaysia Surau Tuan Guru pun nak robohkan" Astaghfirullah!!!
Tidak dihapuskan insya Allah, keluar kenyataan pun harap dirujuk pihak yang berkenaan dahulu, agar nampak lebih cerdik. Mengelakkan dari kami membodohkan awak berkali ganda pulak nanti.
InsyaAllah, semuanya dirancang dengan teliti, begitu pun kami juga merujuk kepada Jabatan Mufti dan mereka yang selayaknya memberi pandangan.
Antara mangsa yang telah tertelan provokasi
*Perubahan Seiring dengan kehendak semasa di samping keselesaan, Masih ada yang bernafsu berbasikal dari Ampangan ke Rasah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads