Ahad, 22 Disember 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Sejukkan Minda <b>Di</b> Avillion, <b>Port Dickson</b> - Syuhada1981DotCom

Posted: 19 Dec 2013 11:59 PM PST

Maaf kerana agak menyepi 4-5 hari yang lepas. Sepi tanpa sebarang update diblog ini kerana saya baru sahaja pulang dari bercuti di Avillion Water Chalet, Port Dickson.

Dalam perjalanan manusia mencari kejayaan yang penuh dengan highway lurus, jalan tikus, laluan hulu hilir, bukit tinggi, gaung dalam, terowong sana sini. Semua ini merupakan satu perjalanan panjang yang sangat bermakna.



Jika penat, letih, lesu usah tergopoh-gapah cari kejayaan. Rehat sebentar cari ketenangan. Air terjun sejuk menanti. Kolam jernih berkilau melambai-lambai. Banana Boat di laut biru menceraikan penat lelah semua. Bercuti bersama orang-orang tersayang dapat membuatkan tenaga tenang kembali. 





Kereta pun ada cooler sejukkan enjin bergerak jauh. Motosikal ada lubang angin sejukkan karburator. Burung singgah tepi tasik sejukkan sayap terbang jauh berbatu. Manusia juga perlu rehat sebentar sejukkan minda cari idea dan rehatkan tubuh badan. Namun awas! Bukan sejuk sampai beku ya!


Sungguh tenang pemandangan dari balkoni chalet
saya sambil mendengar deruan ombak.
Andai ada peluang anda untuk bercuti bersama yang tersayang, jangan lengah-lengahkan waktu itu.

Salam sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads