En. Qazi yang tinggal di Bandar Sri Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya tempohari. Permasalahan yang beliau hadapi ialah siling dirumahnya telah dipenuhi dengan kesan tompokan air. Beliau telah beberapa kali mengupah kontraktor-kontraktor bagi membaiki punca kebocoran itu. Namun kebocoran itu menjadi semakin banyak. Lalu beliau meminta saya mencari punca kenapa kebocoran itu masih berulang lagi. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri yang hampir sama permasalahannya di sini dan sini. Gambar-gambar dibawah ini akan menerangkan punca terjadinya kebocoran itu. Keadaan siling rumah yang dipenuhi dengan tompokan-tompokan air bocor.
Ini adalah saluran paip jenis UPVC. Ia terletak didalam siling bagi rumah kediaman yang bertingkat (seperti rumah teres 2/3 tingkat, rumah flet, apartmen, kondominium dan sebagainya.
Gambar ini menunjukkan kesan kerja-kerja penampalan yang telah dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang telah dipanggil oleh En. Qazi. Setiap kontraktor yang dipanggil ada yang menampal dengan gam 2 dalam 1, menggunakan silikon dan pelbagai lagi jenis gam. Kelihatan gambar diatas terdapat kesan gam berwarna merah, silikon berwarna putih dan juga tompokan berwarna hitam.
Saya telah dapat mengenalpasti punca kebocoran ini berulang. Ia berpunca dari pintu angin saluran UPVC. Sebelum proses membuka pintu angin ini dilakukan, saya telah membuang dahulu kesan-kesan gam dan silikon yang terdapat pada saluran tersebut.
Ini adalah proses membuka pintu saluran angin. Ia terdapat di saluran kumbahan.
Ini adalah pintu saluran angin. Saya akan terangkan bagaimana ia berfungsi. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Gambar disebelah kiri adalah pintu angin yang baru, ia akan dipasang semula dan gambar disebelah kanan adalah pintu angin yang lama.
Pintu angin dan saluran paip UPVC yang baru telah dipasang semula. Saya dimaklumakan oleh En. Qazi, tiada lagi air kumbahan yang menitis ke siling rumahnya lagi.
Saluran air kumbahan jenis UPVC adalah saluran utama dari wc tandas yang membawa air kumbahan ke mainhole. Saluran ini mempunyai satu ruangan pengaliran udara. Ia terletak didalam siling bagi rumah-rumah yang bertingkat seperti rumah teres 2 tingkat atau lebih, flet, apartmen dan kondominium.
Pintu angin ini berfungsi bagi melancarkan laluan air. Sekiranya kaedah pemasangan pintu angin ini tidak sempurna/betul ia akan menyebabkan kebocoran. Kaedah penyapuan gam disekeliling pintu angin hendaklah dilakukan dengan sekata agar ia tidak longgar. Apabila ia longgar sebahagian air kumbahan yang sepatutnya mengalir terus ke salurannya akan mengalir masuk ke pintu angin. Dan ini akan menyebabkan siling rumah sentiasa basah dengan titisan air kumbahan.
Proses untuk membaiki semula pintu angin ini bergantung kepada keluasan tempat tersebut. Sekiranya ruangan itu luas dan boleh memuatkan orang maka mudahlah proses ini dilakukan. Jika ruangan itu sangat terhad amat sukarlah kerja-kerja pembaikan itu dilakukan dan berkemungkinan kos membaikinya akan bertambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan