Selasa, 31 Disember 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di jempol</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 03:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

pistol nakal: Orang Felda <b>Di Jempol</b> Lapar Duit, Kata Kak Ecah

Posted: 06 Nov 2013 01:33 PM PST


Dalam keghairahan Si Ecah tu bercermah dan berkempen di Sungai Limau, dia masih ada ruang untuk menghasut rakyat agar membenci pihak kerajaan.

Sambil menyifatkan Kerajaan BN yang ada hari ini suka dengan penyelewengan dan pembaziran, Si Ecah tu juga turut menuduh rakyat seolah - olah lali dengannya.

Si Ostazah Ecah tu memberi gambaran bagaimana dia menghadapi kempen Pilihan Raya Umum yang lalu ketika berjumpa dengan orang ramai.

Kata dia, puas dia merayu untuk kepada mereka agar berubah. Tetapi, Si Ostazah Ecah ni menuduh orang dikawasan bertanding tu semuanya dah sedap kena sogok.

Jelas Si Ostazah Ecah, pengundi dikawasan dia tu semuanya dah 'Sakan Hindu' bila dapat duit dari calon BN yang bertanding menentang dia.

Dalam erti kata lainnya, Si Ostazah Ecah ni menuduh pengundi - pengundi di kawasan Jempol yang majoritinya datang dari kawasan Felda tu semuanya 'Lapar Duit'.

Tu pasal la dia boleh keluarkan ayat 'Sakan Hindu' tu dalam ceramah dia malam semalam. Begitu la hinanya rakyat ni dimata Si Ostazah Ecah ni.

Cuma yang herannya, dia tak sedar pulak yang dia selama hari ni pun lebih kurang sama je dengan rakyat biasa. 'Sakan Hindu' jugak dia bila dapat duit.

Bila tak dapat, mula dia mengarut benda yang bukan - bukan. Macam - macam benda yang dia taburkan untuk melepaskan geram dia kepada orang lain. [SELANJUTNYA]

#Lapor duit engko kata... Engko tu lapor pangkat engko tak kira? Setakat pilihanraya lepas datang Jempol tayang muka dekat pasar tani, engko bajet engko meletop macam retis korea ke? Engko ke, Ebi Abadi ke, kalau datang Jempol, orang nak tengok dekat-dekat sebab korang retis je. Nak pilih parti engko memerintah? Jangan haraplah... Dah kalah, engko meroyan burukkan orang Jempol dekat Sg. Limau pulak ye? Ape engko ingat orang Jempol ni semua BN yang bagi makan? Abah kau!!!

Projek bandar baharu <b>di Jempol</b> - Utusan Online

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 11 Sept. - Sebuah bandar baharu yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan infrastruktur akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat oleh Kumpulan IOI di daerah ini bagi memenuhi permintaan tempatan dan keselesaan awam.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol, Wan Razali Wan Awang (gambar) memberitahu, antara pakej yang ada dalam projek pembangunan itu ialah pembinaan pasar raya Tesco Stores (M) Sdn. Bhd (Tesco Malaysia), restoran makanan segera McDonald serta satu laluan pintas menghubungkan Mahsan ke Rompin.

''Projek ini melibatkan keluasan tanah seluas 202.35 hektar dan ketika ini kerja menolak dan meratakan tanah telah pun siap dilakukan," katanya di sini hari ini.

Katanya, bagi pasar raya Tesco, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah pun meluluskan pembinaannya pada Ogos lalu dan syarikat itu perlu menyegerakan pembinaan dalam tempoh dua tahun serta beroperasi selewat-lewatnya Ogos 2015.

Selain itu kata Wan Razali, jalan pintas yang akan dibina kelak merupakan projek penyuraian kesesakan terutamanya di persimpangan utama Bahau-Rompin berdekatan landasan kereta api Bahau.

''Buat masa ini pengguna jalan raya terpaksa melalui jalan itu untuk ke Bahau dan Rompin, malah kerap kali berhadapan kesesakan khususnya hujung minggu.

''Laluan baharu ini akan lebih pendek dan boleh digunakan orang ramai untuk ke Segamat, Johor," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Wan Razali juga menegaskan pihaknya telah kehilangan 30 anak pokok gaharu yang ditanam di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan pada Mei lalu.

''Pokok gaharu ini kita terima sumbangan Tesco ketika pelancaran program penghijauan bumi dan ketika itu sebanyak 4,000 anak pokok jenis itu diterima. Hari ini 30 daripadanya telah hilang.

''Kita memahami pokok ini mempunyai pasaran yang tinggi dan untuk itu, pihak majlis akan mendapatkan kerjasama Polis Bantuan Felda untuk mengawasi kawasan tanaman berkenaan," katanya.

Gangguan bekalan air <b>di</b> Tampin, <b>Jempol</b> pada 8 Okt - AANS BLOG

Posted: 04 Oct 2013 04:45 AM PDT

SEREMBAN, (Bernama) - Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (8 Okt) berikutan kerja penambahbaikan loji rawatan di Pasir Besar, Gemas dan Jempol.

Menurut kenyataan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), gangguan di kawasan Tampin membabitkan seluruh Felda Sungai Kelamah, Kampung (Kg) Sungai Dua, Kg Tenai, Kg Air Gelugor, Kg Gedok Sawah, Majuternak, Kg Kurnia Diraja, Kilang Papan Jalan Gemas, Kg Londah, Kg Ladang, Kg Bangkahulu, Kg Ulu Ladang, Taman Halacara Baru, Ladang Tabung Haji, Felcra Jelai, Felda Jelai 1,2,3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kg Pasir Besar serta Felda Palong 1. Di Jempol, kawasan yang terlibat ialah Felda Raja Alias (1,2,3 dan 4), Air Hitam, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, Selatan dan Sg Lui), Bahau, Serting Hilir, Serting Hulu, Gekko, Ladang Gaddes, Serampang Indah, Bayai dan Batu Kikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads