05 di tampin - Google Blog Search |
14 premis makanan <b>di Tampin</b> dan Gemencheh diarah tutup <b>...</b> Posted: 04 Nov 2013 07:16 AM PST Posted on November 4, 2013, Monday SEREMBAN: Jabatan Ke-sihatan Negeri Sembilan mengarahkan 14 premis makanan di sekitar Tampin dan Gemencheh ditutup sementara kerana didapati kotor. Pengarah Kesihatan Ne-geri Datuk Dr Zailan Adnan berkata perintah penutupan itu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berikutan operasi premis makanan bersih peringkat Negeri Sembilan di situ Rabu lepas. "Sebanyak 47 premis makanan diperiksa pada operasi bersepadu itu yang melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Da-erah Tampin serta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan," katanya di sini, semalam. Beliau berkata setakat Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 4,706 premis makanan di negeri ini telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 153 premis berkenaan telah diperintah-kan tutup. Katanya, mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan