05 di seremban - Google Blog Search |
Taipingmali : Kecoh <b>di</b> Kampung Hakka Mantin <b>Seremban</b> Posted: 31 Oct 2013 07:43 AM PDT Cerita 1 Dalam kejadian tengahari tadi , enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan. Polis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi. Mereka mahu menjadi hero bertindak memaki hamun pihak Polis , apa ingat negara ini tidak ada undang undang ke ? Sumbat saja dia dalam lokap dan jangan tunjuk biadab di Negeri Sembilan , baru beberapa kerat dah nak tunjuk belang. #TokMatMBNSbest — with Mohd Zairi.Cerita 2 Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini. Turut ditahan dan dibawak keluar dari kawasan operasi tersebut ialah seorang lagi aktivis PSM. Orang ramai di kawasan kampung baru Cina itu menjerit terhadap anggota polis ketika mereka ditangkap. Dalam kejadian seterusnya pada tengahari, enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan. Operasi perobohan bangunan berkenaan seterusnya dimulakan tidak lama kemudian. Pada 30 September lalu, pemimpin PSM itu dan 11 yang lain ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu, diekori dengan usaha dibuat untuk mendapatkan semakan kehakiman. Sementara itu, pengarah eksekutif Suaram, E Nalini; ketua kampung Hakka, Chong Tza Yew, dan sekurang-kurangnya enam aktivis dan penduduk kampung itu turut ditahan di bangunan lain yang akan dirobohkan. Mereka berada di pintu masuk bangunan itu apabila anggota polis menyuraikan mereka pada kira-kira jam 1 tengahari, dan kemudian memotong kunci untuk sampai kepada penduduk. Penduduk keluar dari rumah itu dan kemudian beredar dalam sebuah kereta manakala pekerja mengosongkan perabot dan peralatan di situ. "Saya bangga dan menghormati DAP dan PSM kerana tampil dan bercakap dengan polis bagi pihak kami. Mereka sanggup datang ke pintu depan saya untuk menunjukkan sokongan tetapi ditangkap," kata Reena Sir Muhammad ketika ditemui kemudiannya. Beliau tinggal di rumah di mana Nalini ditangkap. Turut tinggal di rumah yang sama adalah Sidek Muhammad Medan Khan, yang mendakwa dilahirkan pada tahun 1951 di kampung tersebut tetapi tiada kerakyatan. Dia juga mengalami masalah mobiliti disebabkan penyakit kongenital dan bergantung kepada tongkat untuk bergerak. "Selepas semua ini selesai, barulah kita boleh membantunya untuk mendapat kerakyatan," kata anak saudaranya, Mohd Amin Sir Muhammad sebelum perobohan itu. "Kami tidak bebas. Terdapat gangguan di sana-sini dan dia takut untuk meninggalkan rumahnya. Mengapa? Dia takut rumahnya akan dirobohkan. Di mana dia hendak tinggal?" Tiada konfrontasi berlaku ketika pihak berkuasa sampai ke bangunan ketiga dan terakhir yang diduduki, yang ditetapkan untuk dirobohkan pada jam 2.10 petang . Rumah itu didiami keluarga Amarjit Kaur, 49, dan rumah itu, menurutnya, dibina oleh datuknya. "Saya amat kecewa. Sekurang-kurangnya mereka patut beri kami sedikit masa dan biarlah kami meraya Deepavali (pada hari Sabtu). Ini adalah sambutan Deepavali terakhir kami di sini," katanya ketika ditemui. Dalam laporan terbaru mereka, PSM berkata sehingga 19 orang telah ditahan, termasuk beberapa orang penduduk kampung. Mengikut peguam yang mewakili pemaju, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Sharif, sejumlah 22 bangunan dijadualkan dirobohkan hari ini, di mana tiga daripadanya didiami. Pada jam 3.30 petang ini, sekumpulan aktivis dan penduduk tempatan berkumpul di luar ibupejabat polis Nilai di mana mereka yang ditahan ditempat, bagi membantah perobohan dan tangkapana tersebut. |
You are subscribed to email updates from di seremban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan