Khamis, 7 November 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Teroka cakerawala <b>di Port Dickson</b> - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 04 Nov 2013 08:10 PM PST

PORT DICKSON, 5 Nov – Peredaran masa dan kemajuan teknologi ketika ini memberi peluang orang ramai melihat keindahan alam cakerawala serta misteri di sebalik luasnya terbentang semesta alam.

Bagi merealisasikan hasrat dan peluang itu, orang ramai hanya perlu berkunjung ke Balai Cerap Telok Kemang yang terletak di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.

Balai Cerap Telok Kemang yang mempunyai kubah dan menghadap ke perairan Selat Melaka dilengkapi dengan teleskop bersaiz 24 inci dan uniknya ia berkemampuan membuat cerapan sehingga 0 darjah bagi tujuan cerapan hilal ataupun anak bulan.

Peralatan taraf antarabangsa

Terletak dalam kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar, koordinasi kedudukan Balai Cerap Telok Kemang adalah N02'26'42.7 dan E101'51'16.4 dan ia terletak di sebuah tanjung yang mempunyai keluasan pandangan ufuk yang luas.

Balai Cerap Telok Kemang turut dilengkapi dengan tiga unit teleskop penjejak dan mempunyai kubah bersaiz lima meter yang mana sistem komputer digunakan untuk mengawal teleskop dan kubah jenis PTCS seperti digunakan di Kit Peak National Observatory, Amerika Syarikat.

Beberapa peralatan lain yang ada disediakan adalah weather station, melincam camera dan SIBG CCD alat pengimejan dan all sky camera.

Balai Cerap Telok Kemang mula beroperasi secara rasmi pada 1970 dan telah melalui beberapa siri penambah baikan dan naik taraf. Sejumlah RM38 juta daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan diperuntukkan bagi membina Kompleks Baitul Hilal yang meliputi
Balai Cerap, serta kemudahan 84 bilik hotel yang dinamakan sebagai Klana Beach Resort Port Dickson.

Dekati Ilmu Falak

Pengurus Balai Cerap Telok Kemang, Ahmad Zaki Hamzah berkata, teleskop di situ mampu melakukan cerapan sehingga sekata dengan paras laut berbanding dengan di balai cerap lain sama ada di negara ini, mahupun luar negara, ia hanya mampu mencerap hingga 10
hingga 8 darjah.

"Balai Cerap Telok Kemang sering menjadi tumpuan pengkaji ilmu Falak ataupun ilmu astronomi dalam dan luar negara kerana balai ini merekodkan kenampakkan anak bulan paling tinggi dalam sejarah balai cerap di seluruh Malaysia.

"Keistimewaan itu di samping penambah baikan dari aspek kemudahan disediakan, pengurusan balai cerap ingin berkongsi peluang melihat alam cakerawala ini bersama-sama orang ramai.

"Orang ramai sama ada yang meminati atau mahu mendalami ilmu Falak ataupun yang baru hendak mengenali apa itu alam cakerawala melihat dengan mata sendiri bukannya dalam bentuk foto di dalam buku semata-mata, boleh datang ke Balai Cerap Telok Kemang," katanya.

Wartawan Sinar Harian yang melawat ke Balai Cerap Telok Kemang turut merasai pengalaman melihat keindahan alam semesta ciptaan Tuhan menggunakan Teleskop yang diimport dari Syarikat Optical Guidance System (OGS) berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.

Dari mata sendiri kita dapat melihat visual cukup indah yang terbentang luas di alam semesta yang tidak boleh dilihat mata kasar tanpa bantuan teleskop khas berkenaan.

Teleskop tercanggih

Ahmad Zaki berkata, teleskop ini menggunakan mounting jenama York dan ia merupakan satu-satunya teleskop tercanggih di Asia dan mungkin juga di dunia dibina dengan berkemampuan membuat cerapan sehingga 0 darjah.

"Balai Cerap Telok Kemang dinaik taraf pada 2009 sebelum siap sepenuhnya pada 2012 dibuka kepada orang ramai untuk menimba pengalaman menyaksikan alam semesta menggunakan teleskop.

Menurutnya, Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.

"Di Balai Cerap turut disediakan ruang pameran yang menempatkan lebih 20 artifak tentang ilmu falak yang merentasi masa yang digunakan pengkaji pada zaman dahulu.

"Orang ramai yang datang ke Balai Cerap selain boleh melihat angkasa lepas mereka juga boleh mengenali peralatan digunakan pengkaji terdahulu dalam kajian mereka tentang alam semesta.

"Selain pameran statik, orang ramai juga boleh bertemu terus dengan Pengasas Falak Online, Shahrin Ahmad pada hari-hari tertentu seperti gerhana dan hujan meteor dan beberapa lagi pengkaji  dan pakar ilmu Falak yang akan diuar-uarkan pengurusan Balai Cerap Telok Kemang dari masa ke semasa.

"Malah, orang ramai juga dialu-alukan untuk turut serta semasa Jabatan Mufti dan bahagian falak jabatan agama melihat anak bulan setiap bulan ketika menentukan tarikh-tarikh bulan Islam.

"Kita mempunyai visi untuk menjadikan balai cerap bertaraf antarabangsa melalui kajian saintifik, pendidikan, astrofotografi dan penemuan-penemuan antranomi terbaru," katanyaIMG_1258_thumb[3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads