Isnin, 7 Oktober 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Pemilihan UMNO: 12 calon tarik diri <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 24 Sep 2013 05:20 AM PDT

SEREMBAN 24 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kekal bersaing jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau apabila tempoh bertenang selama 72 jam tamat hari ini.

Beliau dicabar oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang juga Ketua UMNO Cawangan Air Hitam, Chembong.

Dengan tamatnya tempoh bertenang itu bermakna kesemua lapan Ketua UMNO bahagian di negeri ini sama ada dicabar secara satu lawan satu atau tiga penjuru dalam pemilihan kali ini.

Hanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau tanpa bertanding. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads