Sabtu, 19 Oktober 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Sistem pengangkutan bas awam <b>di Seremban</b> dipertingkat di bawah <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Mohamad Hasan bersama sebahagian atlet Sukma renang berirama selepas menyampaikan insentif kemenangan kepada pegawai dan atlet Sukma Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

SEREMBAN 11 Sept. - Kerajaan negeri menjangkakan dalam tempoh dua tahun akan datang, sistem pengangkutan bas awam dapat ditingkatkan selepas bandar Seremban diletakkan sebagai antara yang perlu diberi perhatian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dengan kelulusan yang diberikan oleh SPAD itu, maka susun atur perjalanan bas bagi perkhidmatan kepada orang ramai kini dibuat kajian oleh SPAD termasuklah laluan, lorong dan jalan yang akan dilalui bas terbabit.

''Kajian telah dibuat dengan mengadakan pertemuan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk menyenaraikan laluan, lorong dan jalan yang akan dilalui bas berkenaan.

''Saya yakin ini akan dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang ini dan buat masa ini, kita tidak dapat memastikan sama ada diuruskan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. atau lesen dan permit itu diberikan kepada pengendali lama iaitu Cityliner," katanya di sini hari ini.

Mohamad bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kemenangan pegawai dan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Negeri Sembilan di Dewan NCWO dekat sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris.

Katanya, adalah tidak bijak sekiranya Rapid Bus masuk ke sini kerana akan menjejaskan sistem pengangkutan mereka, kerana telah dikendalikan oleh Cityliner di bandar ini.

Mohamad memberitahu, perkara itu akan diperhalusi dengan meminta kerajaan Pusat menimbangkan untuk memberikan subsidi sama seperti mana yang diberikan kepada Rapid Bus agar pengendali sedia ada ini juga dapat menguruskan pengangkutan bas awam dengan lebih efisien.

''Selain Seremban, antara bandar yang terlibat dengan peningkatan perkhidmatan pengangkutan bas awam ini ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh (Perak), Kuantan (Pahang) dan Johor Bahru (Johor). Kita berjaya memujuk Kerajaan Pusat untuk memasukkan Seremban dalam transformasi ini untuk meningkatkan perkhidmatan bas awam ini," kata Mohamad.

Beliau memberitahu, ketika ini sistem pengangkutan antara bandar dengan menggunakan perkhidmatan komuter telah dipertingkatkan selain akan ada kereta api elektrik (ETS) dengan pelaksanaan Projek Landasan Kereta Api Elektrik Berkembar Seremban-Gemas (SGEDT) yang dijangka siap penghujung tahun 2014.

''Kita berharap perkhidmatan bas awam yang efisien ini akan menjadi pelengkap kepada perkhidmatan yang besar itu (kereta api) dan meletakkan kemudahan yang baik kepada penduduk, khususnya mendiami taman perumahan untuk ke stesen dan terminal utama ini kelak," kata Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads