05 di rembau - Google Blog Search |
Perkhidmatan KTM Komuter <b>Di</b> Stesen Keretapi <b>Rembau</b> Posted: 29 Aug 2013 05:55 PM PDT Bermula pagi tadi (30 Ogos 2013), perkhidmatan KTM Komuter telah dilarikan bagi sektor Rembau - Rawang - Rembau. Walaupun untuk permulaan ini hanya tiga larian bermula dari Rembau dan juga tiga perkhidmatan berakhir di Rembau, tidak bermakna orang-orang di Rembau dipinggirkan. Inilah masanya orang-orang di sekitar Rembau membalas kepercayaan kepada perkhidmatan KTM Komuter dengan naik beramai-ramai agar jumlah tren akan ditambah pada masa akan datang. Ini adalah satu lagi kemudahan untuk penduduk sekitar Rembau kerana sebelum ini pihak KTMB telah menjadualkan pemberhentian Tren Antarabandar iaitu Tren Sinaran Selatan No.12 & 13. Tren Sinaran Selatan No.13 berhenti di Stesen Rembau pada jam 10:15 pagi manakala Tren Sinaran Selatan No.12 pula berhenti di stesen ini pada jam 20:09 malam. Khabarnya kadar tambang perkhidmatan komuter yang dikenakan adalah berpatutan sesuai dengan perkhidmatan tren yang cekap dan pantas. Suasana di dalam komuter juga selesa dan sesuai untuk semua. Tambang yang dikenakan sekitar dari Rembau ke Sg Gadut (RM1.60), Rembau ke Seremban (RM2.60), Rembau ke Kajang (RM5.80), Rembau ke Bandar Tasek Selatan (RM6.90), Rembau ke Kuala Lumpur Sentral (RM7.50) dan Rembau ke Rawang (RM9.50). Jika menaiki bas henti-henti dari Seremban ke Rembau pula, tambangnya RM 3.00 dan perjalanan mengambil masa antara 20 minit hingga sejam, bergantung kepada keadaan jalanraya. Itu belum lagi masuk bab berebut tempat duduk ataupun berdiri di sepanjang perjalanan. Serik aku bila kadangkala terpaksa naik bas berhimpit-himpit dari Seremban ke Pekan Kota, sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampung aku di Astana Raja tu dengan menaiki 'teksi sapu'. Kalau naik bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Tampin, tambangnya pula adalah RM 10. Kena bayar penuh walaupun turun separuh jalan! Tambang konsesi dengan diskaun 50 peratus juga diberikan kepada warga emas, orang kelainan upaya dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun manakala perjalanan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah empat tahun. Dengan adanya perkhidmatan KTM Antarabandar dan KTM Komuter, diharap agar semua penduduk Rembau dan kawasan sekitarnya beralih mod pengangkutan mereka dari menaiki teksi atau bas, dengan menaiki keretapi pula. Dalam pada itu, harus diingatkan kepada semua pengguna yang menggunakan Stesen Keretapi Rembau samada untuk menaiki Tren Antarabandar ataupun KTM Komuter agar menjaga keselamatan masing-masing terutamanya berkaitan dengan arus elektrik setinggi 25,000 volt. Kepada semua penduduk kampung 'den', apa lagi jom la kita sama-sama naik keretapi pergi ke Seremban ataupun Kuala Lumpur. Kalau naik komuter boleh terus sampai ke Rawang dan tukar tren untuk pergi ke Tanjung Malim. Untuk Ayah dan Mak, perjalanan menaiki keretapi kini lebih mudah. Dari Astana Raja atau Lubok China, naik teksi terus ke Stesen Keretapi Rembau. Kemudian naik komuter terus ke Stesen Keretapi Serendah. Tiba Serendah, melintas jalan untuk sampai ke rumah Kak Ngah Tipah. Mudahkan...... Antarabandar dah naik, SCS dah tengok, agak-agaknya bila orang Rembau boleh kenal dengan ETS? |
You are subscribed to email updates from di rembau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan