Jumaat, 18 Oktober 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


walaweiiii.... adun umno-bn dari <b>paroi</b> kaki tengok <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 11 Sep 2013 12:32 AM PDT

Mohd Ghazali Wahid, ADUN Paroi 'menyertai' sebilangan besar pengguna FACEBOOK yang dikatakan telah melihat atau menyertai tapak page lucah. Sama ada perbuatan tersebut dilakukan secara sengaja, atau pun tidak, sebarang aktiviti dipamerkan dan disiarkan kepada semua pengguna FACEBOOK yang menjadi 'FRIEND' Mohd Ghazali Wahid. 

Biarpun Mohd Ghazali sebenarnya cuba memberikan alasan bahawa ia tidak mungkin dilakukannya memandangkan status dirinya mahupun pegawai khas yang dilantik sebagai admin page peribadinya itu, namun alasan tersebut sebenarnya tidak menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku!!!

Bagi mereka yang sudah 'terkena', kejadian yang menimpa Mohd Ghazali bukanlah sesuatu yang baru dan menggemparkan. Apatah lagi, pengguna Facebook seringkali mengadu tentang 'virus' dan 'parasit' yang menyamar sebagai 'friend' dan kemudian meletakkan link yang bukan-bukan. Klik pada link tersebut akan terus membawa kita ke laman web tidak senonoh tersebut.

Adun Paroi, Mohd Ghazali Wahid kecewa apabila akaun Facebook beliau diceroboh individu yang dipercayai sengaja mahu menjatuhkan kariernya sebagai wakil rakyat.
Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di dinding akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau.
Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis.
"Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.
Berikutan kejadian itu, Ghazali berkata, beliau menutup serta merta akaun Facebook berkenaan bagi melakukan siasatan menyeluruh, sebelum melaporkan kepada polis.
"Saya minta maaf kepada pengikut Facebook saya. Saya minta mereka tidak salah sangka dengan perkara ini kerana ia bukan dilakukan saya sendiri," katanya. (SUMBER)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads