Ahad, 27 Oktober 2013

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Polis <b>di</b> Felda Daerah <b>Kuala Pilah</b> Mahu Lapang Sasar Menembak <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2013 09:11 PM PDT

Polis di Felda Daerah Kuala Pilah Mahu Lapang Sasar Menembak

lapangsasarkp

KUALA PILAH – Polis berharap sebuah lapang sasar menembak dapat dibina di daerah ini untuk kegunaan latihan pasukan itu dan agensi penguat kuasa yang lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Azmi Abdul Rahim berkata, latihan menembak amat penting dalam usaha meningkatkan kecekapan penggunaan senjata api dalam kalangan anggota penguat kuasa.

"Pembinaan lapang sasar itu juga membolehkan penganjuran pertandingan menembak diadakan antara jabatan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas latihan menembak sempena Program Komuniti Kepolisan Bersama Ketua Jabatan dan Media daerah itu di Lapang Sasar Polis Bantuan Felda Bukit Rokan, Gemencheh dekat Tampin semalam.

Tambahnya, program latihan menembak yang melibatkan 120 peserta itu bertujuan mengeratkan hubungan antara polis, ketua jabatan daerah itu serta pihak media di samping meningkatkan kecekapan anggotanya menggunakan senjata.

"Kita juga mahu orang lain merasai pengalaman menggunakan senjata api dan cara-cara mengendalikan senjata dengan betul mengikut etika keselamatan ditetapkan," ujarnya.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Zulkifli Baharan berkata, pada masa ini, Kuala Pilah tidak mempunyai lapang sasar untuk kegunaan latihan anggota polis mahu pun agensi penguat kuasa yang lain.

Katanya, pihaknya bagaimanapun akan mengenal pasti lokasi untuk tujuan tersebut dan percaya daerah itu mempunyai banyak tempat yang sesuai.

"Lokasi lapang sasar perlu berada di luar kawasan tempat tinggal penduduk kerana tidak mahu menganggu ketenteraman orang ramai," katanya.

Beliau menambah pembinaan lapang sasar juga boleh dijadikan kemudahan untuk atlet sukan menembak atau pasukan unit beruniform sekolah.

"Sekiranya ada kemudahan lapang sasar, kita harap dapat mencungkil bakat dalam sukan menembak," katanya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada October 25, 2013 - 12:11 pm oleh Nor Azlina Shaari

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads