Rabu, 16 Oktober 2013

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


Pasar <b>Ampangan</b> jadi tumpuan orang ramai menjelang Hari Raya <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

SEREMBAN 14 Okt. - Pasar Ampangan menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli bahan mentah seperti daging, ayam, ikan, santan dan keperluan lain sebagai persiapan juadah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Walaupun persiapan menyambut Aidiladha tidak sehebat di beberapa kawasan di Pantai Timur, namun tinjauan Utusan Malaysia di pasar Seremban mendapati bekalan daging tidak mencukupi manakala di pasar Ampangan pula, harga santan naik kepada RM8.

Salah seorang pengunjung, Rozilawati Mohd Taib, 45, beliau datang ke pasar Ampangan ini setelah mendapati bekalan daging tidak mencukupi di pasar Seremban.

''Pagi tadi saya ke pasar Seremban untuk membeli barang keperluan terutamanya daging tetapi sudah habis. Pada mulanya saya memang kecewa tetapi saya faham mungkin penjual hanya menjual bekalan secara sederhana," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dekat sini, pagi tadi.

Sementara itu, Dr. Faridah Nazir, 45, berkata, beliau datang awal ke pasar untuk membeli santan sebagai persediaan untuk menyiapkan juadah hari raya.

''Saya datang waktu begini pun sudah ramai yang beratur untuk membeli santan. Hari ini harga santan naik sedikit iaitu sekilo RM8, selalunya hari biasa sekilo RM7," katanya.

Sementara itu, bagi seorang peniaga, Zulkifli Akhir, 50, berkata, bekalan daging ayam untuk menyambut Hari Raya Aidiladha mencukupi memandangkan penggunaan bekalan itu dikatakan tidak begitu tinggi berbanding sambutan Aidilfitri.

''Seperti tahun-tahun sebelum ini, kami hanya mengambil bekalan sebanyak 600 ekor tetapi jika hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri, kami akan menyediakan bekalan dua atau tiga kali ganda," katanya.

Pada hari-hari biasa, mereka menjual ayam sekilo RM8.30 tetapi sempena menyambut hari perayaan, harga ayam turun iaitu RM7.90 sekilo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads