05 di port dickson - Google Blog Search |
- Santai <b>di port dickson</b> | warna-warna pelangi
- Dr Shafie Abu Bakar: Puisi Dibengkelkan <b>Di Port Dickson</b> Terpilih <b>...</b>
- Pejuang Pekerja Pahang: Karnival Sukan NUBE 2013 <b>di Port Dickson</b>
Santai <b>di port dickson</b> | warna-warna pelangi Posted: 01 Sep 2013 10:17 PM PDT Sempena 31 ogos ni kami decide nk santai2 di port dickson... Penginapan kami terjah je.. Sudah sampai PD baru cari.. Pergi pagi kul8.. Sampai dan dapat hotel pukul12 tengahhari.. hehehe Rezeki kami dapat hotel yang murah. RM65 semalam sahaja =).. Cari hotel memang semua range RM250++ sebab hari cuti dan sabtu ahad.. Kalau yang murah pun hotel budget yang takde view apa-apa pun... Mula-mula kami cari di blue lagoon.. pastu cari kat teluk kemang pula.. tak jumpa jugak.. lepas tu just tengok hotel marina.. dengar-dengar hotel ni murah.. Bila dapat tengok, bilik besar (2 bilik) tapi takde pantai.. just view teluk je.. Kami dapat hotel murah ni pun dari pak guard marina ni.. dia kata dia ada kenalan hotel yang mengadap pantai dan murah.. Mula2 call dapat yang rm200.. Second call alhamdulillah dapat yang murah iaitu RM65 di SunShine. View ok.. pantai ok.. hotel pun ok.. semua ok.. Tak tau kenapa dapat harga murah sebab bila tengok di papan harga bilik tu kalau 1bedroom RM85 tu pun time tak cuti. kalau public holiday RM100++.. Pape pun itu rezeki kami =)... Balik daripada PD, kami pergi ke nilai untuk cari carpet dan juga kain untuk dijadikan bantal besar hehehe... Alhamdulillah, carpet dah jumpa dengan harga RM160 (carpet bulu-bulu hhehe) dan kain pun dah jumpe juga.. Balik rumah terus bendang carpet dan jahit bantal... =).. |
Dr Shafie Abu Bakar: Puisi Dibengkelkan <b>Di Port Dickson</b> Terpilih <b>...</b> Posted: 16 Aug 2013 04:49 PM PDT BBB, 09 Syawal 1434 = 16 Ogos 2013 (Jumaat): Daripada 5 buah puisi yang dibengkelkan di Port Dickson (10 – 23 November 2013) dua buah daripadanya Penulis hantarkan kepada Penyelenggara bagi menerbitkan antologi `Puisi Siswa` UKM - saudara Zainuddin Ayip. Puisi yang dibengkel dan dihantar ialah: 1) Hutan-Hutan Batu 2) Hidup Yang Diburu Tiga buah puisi yang lain turut sama dihantar Penulis dan diterbitkan di dalam `Puisi Siswa` berkenaan ialah: a) Di Suatu Persimpangan b) Jalanan Hidup c) Pencari Untuk menerbitkan sebagai buku termasuk mengandungi Sebenarnya selepas puisi `Hidup Yang Diburu` dibengkelkan, Penulis pernah merubahnya dengan agak banyak, menurut antara cadangan dalam bengkel – termasuk membuang lambang-lambang matematik, bahkan judulnya menjadi sebagaimana berikut: Detik ini segala bertukar ganti Telah remuk dalam getaran sendiri Segalanya tiada tetap pada paksi. Darjah sasarannya harus lebih ke depan Tetapi sebagaimana dikatakan, Penulis tidak semestinya patuh dengan kritikan yang dihasilkan di dalam bengkel. Penulis menghantar kepada penerbitan (Puisi Siswa) persis sebagaimana gubahan asal – sebelum dibengkelkan. Di bawah diperturunkan teks puisi yang memenangi Hadiah Karya Sastera Detik ini segala bertukar ganti Telah remuk dalam getaran sendiri Segalanya tiada tetap pada paksi. Darjah sasarannya harus lebih ke depan Hidup lebih dari itu. Kolej Pertama UKM, (Puisi Siswa, 1976) (Pasir Biru, Antologi Sajak Dan Drama Hadiah Karya Sastera 1976, DBP, 1979: 42). Dalam Laporan /Ulasan Panel Hadiah Karya Sastera 1976 menyatakan: Sepanjang tahun 1976 sebanyak 2,023 buah sajak, berbanding dengan 1,730 dalam tahun 1975, telah diterbitkan di dalam buku, majalah dan suratkhabar di tanahair. Selama setahun ini juga ada 20 kumpulan telah dikeluarkan oleh beberapa penerbit dan orang perseorangan, tetapi kumpulan dalam bentuk stensilan sudah pun berkurangan jika dibandingkan dengan dua atau tiga tahun sebelumnya. Pertambahan bilangan sajak yang dihasilkan itu memperlihatkan keghairahan menulis puisi yang lebih besar di kalangan anak muda kita. Kalau dalam tahun 1975 ada 505 orang penulis sajak, dalam tahun 1976 pula bilangan ini meningkat kepada 628 orang. Meskipun begitu pertambahan ini tidaklah melahirkan satu perkembangan baru dalam dunia puisi kerana apa yang nampaknya berlaku ialah semacam kestabilan dari segi bentuk dan nilai. Memanglah dalam tradisi seni kita tidak dapat selalu melihat perubahan-perubahan atau pembaruan-pembaruan yang cepat dan besar, apa lagi penulis-penulis yang menambah bilangan tahun 1976 ini adalah terdiri dari anak-anak muda yang kebanyakannya baru mencuba-cubakan diri mereka dalam dunia kesusasteraan. (Tidak ada hadiah dikeluarkan bagi 20 kumpulan puisi, PANEL hanya memberi pujian bagi tiga buah kumpulan puisi, iaitu Kaktus-Kaktus oleh Kemala, Balada Cinta Seberang Benua oleh Firdaus Abdullah dan Nyanyian Malam oleh Siti Zainon Ismail). Dari 200 sajak yang dibawa ke dalam perbincangan terakhir 21 buah sajak yang ditulis oleh 13 penulis telah diputuskan untuk diberi hadiah. Sajak dan penyair yang terpilih itu ialah: 1. Senja Di Pedalaman, Mastika, Februari 1976 - A. Latiff Mohidin 2. Pasir Biru, Berita Minggu, 23.5.1976 - A. Latiff Mohidin 3. Songsang, Utusan Zaman, 21.11. 1976 - A. Latiff Mohidin 4. Papantanda Kota, Dewan Sastera, September 1976 – T. Alias Taib 5. Setinggan, Utusan Zaman, 29.8.1976 – T. Alias Taib 6. Giliran, Dewan Masyarakat, November 1976 – Rahman Shaari 7. Hamparan Kuning, Mingguan Timur, 6.6.1976 – Rahman Shaari 8. Bila Tiba Waktunya, Masakini, 1976 – Jaafa Hs 9. Perjalanan Dua 10. Satu Kebetulan, Mastika, Februari 1976 – Zurinah Hassan 11. Salam Perempuan Dari Penjara, Bila Kita Berbicara, 1976 – Zurinah Hassan 12. Kita Perlu Bersuara Setelah Diam Yang Lama, Bila Kita Berbicara, 1976 – Zurinah Hassan 13. Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos, Kaktus-Kaktus, 1976 – Kemala 14. Bahawa Cinta Itu Kasihku, Kaktus-Kaktus, 1976 – Kemala 15. Masih Ada, Dewan Sastera, Disember 1976 – Dharmawijaya 16. Menghadapi Perjalanan Seorang Teman, Dewan Masyarakat, Mei 1976 – Jihaty Abadi 17. Hidup Yang Diburu, Puisi Siswa, 1976 – Shafie Abu Bakar 18. 19. Ballada Latiff Kepada Tuhan, Dewan Sastera, September 1976 – Mansur Ahmad Saman 20. Tanpa Melakukan Kesalahan, Suara Merdeka, 12.12.1976 – Ma`arof Saad 21. Nyanyi Daun-Daun, Dewan Sastera, November 1976 – Cheng Poh Hock. Mengulas mengenai puisi `Hidup Yang Diburu` kata panel: Shafie Abu Bakar dengan sajaknya`Hidup Yang Diburu` dengan ringkas menyatakan bahawa hidup ini tidak dapat diduga dan diperhitungkan secara tepat seperti menghisab sesuatu. Kehidupan adalah lebih dari ketetapan itu, lebih rumit dan kompleks. Dengan menyedari akan hakikat itu penulis lalu mengajak kita memikirkan secara lebih jauh dan kemas dari apa yang kita lihat dan lakukan hari ini. Ini adalah sikap dan ajakan yang positif bagi menghadapi hidup yang tak tetap pada paksinya. Itulah formula yang diberikan oleh penyair kalau kita mau hidup dengan lebih sempurna dan memperbaiki kekinian kita. Inilah bezanya antara perhitungan hidup dengan perhitungan logik. Penggunaan simbol + - x -:- dalam puisinya adalah mempunyai fungsi yang sesuai dengan ide yang dibicarakan. Jadi simbol-simbol itu tidak ternampak sebagai hiasan saja, malahan ia membantu memperkuatkan ide puisinya. |
Pejuang Pekerja Pahang: Karnival Sukan NUBE 2013 <b>di Port Dickson</b> Posted: 31 Aug 2013 09:41 AM PDT Karnival Sukan NUBE 2013 berlangsung dengan meriah 31/8/2013,Port Dickson Lebih daripada 400 ahli NUBE mengambil bahagian dalam Karnival Sukan NUBE 2013, yang telah diadakan di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson, pagi ini. Acara ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan kontinjen dari lima cawangan NUBE berarak ke padang. Perarakan ini diikuti dengan Presiden NUBE Tan Eng Hong memberikan kata-kata aluan. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Abd Wahan Bin Harun telah merasmikan Karnival Sukan NUBE 2013 dengan ucapan penuh motivasi. Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata karnival sukan tahun ini menyaksikan bilangan peserta yang paling tinggi. Semua lima cawangan NUBE yang terdiri daripada Kuala Lumpur, Selangor & Pahang (KLSP), Pulau Pinang, Kedah & Perlis (PKP), Kelantan & Terengganu (KT), Perak (Ipoh) dan Negeri Sembilan, Melaka & Johor (SMJ) akan mengambil bahagian dalam acara yang bakal membina semangat perpaduan. Objektif utama karnival sukan ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan dalam perjuangan serta mengerat hubungan kita dan meningkatkan potensi diri. More than 400 NUBE members participated in NUBE Sports Carnival 2013, which was held at Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson, this morning. The event kicked off at 8.00 am with the contingent from five NUBE branches paraded into the field. NUBE President Tan Eng Hong welcomed the participants. Port Dickson OCPD, Supt Abd Wahan Bin Harun officiated the NUBE Sports Carnival 2013 with a roaring speech, motivating the participants. NUBE General Secretary J Solomon said that this year, the sports carnival saw the highest number of participants. All five NUBE branches consisting of Kuala Lumpur, Selangor & Pahang (KLSP), Pulau Pinang, Kedah & Perlis (PKP), Kelantan & Terengganu (KT), Perak (Ipoh) and Negeri Sembilan, Melaka & Johor (SMJ) will participate in the spirit of solidarity and one family in this event. The primary objective of these sport is to cultivate the spirit of solidarity, unity and brotherhood in our struggles, strengthens our relationship, to congregate and enhance our potentials. |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan