"Kenapa Kerajaan Negeri Sembilan membiarkan peniaga warga asing berleluasa di Nilai 3?, tanya Mohd Ridzuan.Ridzuan berkata sebelum sambutan Hari Raya, beliau menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kebanjiran peniaga warga asing di seluruh negara.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seramai 45,000 warga asing dilindungi oleh majikan.
"KDN berkata tangkapan akan dibuat selepas Hari Raya tetapi saya belum nampak lagi sebarang tindakan untuk menangkap peniaga warga asing secara besar-besaran.
"Saya juga akan menghantar satu lagi memorandum kepada KDN dalam masa terdekat berhubung hasrat kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh.
"Angka ini membimbangkan kerana 1.4 juta orang itu merupakan lima peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini belum termasuk warga Bangladesh tanpa permit ketika ini.
"Saya menuntut penjelasan dari KDN agar memberi pecahan berapa ramai pekerja Bangladesh yang hendak digunakan mengikut sektor.
"Kerajaan kata mereka mewujudkan projek mega untuk membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
"Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk, apa jaminan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dalam projek mega? Habis rakyat tempatan nak ke mana?, soal Mohd Ridzuan lagi. ~ fmt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan