Jumaat, 13 September 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Jahitan Fesyen <b>di Mantin</b>, Negeri Sembilan | BAHAGIAN USAHAWAN

Posted: 09 Sep 2013 06:50 PM PDT

Bermula 2 September dan berakhir 6 September 2013 yang lalu, telah diadakan Makmal Orientasi Pengeluaran Produk Jahitan Fesyen.  Makmal telah diadakan di Kolej Universiti Lagenda Mantin, Negeri Sembilan dengan kehadiran 16 orang pengusaha kraf bidang kraf jahitan.
Objektif makmal ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan jahitan cara-cara menghasilkan pakaian yang berasaskan kehendak pasaran dan tertumpu kepada penghasilan rekaan yang komersil serta teknik-teknik jahitan pakaian yang kemas dan teratur.
Makmal yang berlangsung selama lima (5) hari ini telah mendapat khidmat dari Pensyarah yang juga Dekan Fakulti Fesyen & Tekstil Kolej Lagenda Mantin iaitu Puan Rosemawati Binti Md Noh dan dibantu oleh Anggerik Musfirah Binti Abd Jalil.
Selain di Kolej Lagenda Mantin sebagai tempat proses praktikal pengeluaran produk, makmal ini juga diadakan di Klana Resort Seremban pada hari pertama untuk sesi teori dan perbincangan pengeluaran produk.
Aktiviti makmal ini memberi fokus kepada pengeluaran produk baju kurung/ kedah, blouse, skirt dan kemasan pada leher blouse, pada poket dan pada lengan baju.
Majlis penutup makmal telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Ibrahim bin Hj Ismail pada 6 September 2013 dengan harapan pengusaha kraf jahitan lebih fokus kepada produk yang dihasilkan dengan mengambil kira pasaran terkini bagi memperluaskan perniagaan di samping dapat meningkatkan pendapatan usahawan kraf itu sendiri.
Adalah diharapkan agar makmal ini dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf dengan teknik-teknik terbaharu dalam penghasilan produk jahitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads