Jumaat, 20 September 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


<b>Lenggeng</b>, Negeri Sembilan Darul Khusus ~ Jelajah Mahaguru58

Posted: 23 Jun 2013 04:57 AM PDT

Salah satu kegemaran saya adalah untuk menjelajah bumi Semenanjung Tanah Melayu ini dengan memandu melalui jalan jalan persekutuan, berhenti di pekan pekan kecil dan merakamkan suasana sekitar didalam bentuk fotografi dan video.

Hari ini saya berkesempatan singgah di Lenggeng, sebuah pekan kecil lama di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Ikuti lah rakaman spontan saya didalam bentuk video dibawah:

Saya tertarik dengan keadaan beberapa kedai papan lama di pekan Lenggeng ini. Walaupun keadaan kedai2 lama ini sesetengahnya sudah uzur namun ada termeterai keindahan senibina dan peradaban lama padanya.


Corak corak pada tingkap kedai kedai diatas bertarikh dari zaman era British dahulu. Cuma sejak kebelakangan ini dipasang kompresor pendingin hawa menurut keperluan zaman ini.Dulu dulu hanya dibuka sahaja tingkap itu dan angin sepoi sepoi bahasa meniup keseluruh ruang atas kedai tersebut.

Sekarang terpaksa lah ditutup sebab nak dinginkan ruang dan untuk mengelakkan debu dan habuk dari jalan didepan terbang masuk! Mujur lantai ruang atas tu terletak tinggi. Jika tidak adalah nanti 'spiderman' merayap masuk menceroboh! :P


Semasa saya singgah di pekan Lenggeng, keadaan jalan nya berdebu disebabkan laluan lori lori pembinaan yang membawa muatan tanah dan pasir. Itulah puncanya kenapa pekan Lenggeng begitu tercemar dengan debu debu di jalan utamanya.

Di tambah pula dengan keadaan berjerebu yang di sebabkan oleh pembakar2 hutan Sumatera, Indonesia yang tidak peduli akan kesan pencemaran udara serantau.


Phua Kong Hing, mekanik motor di pekan Lenggeng begitu mesra memberikan lambaian 'peace' kepada anda para pembaca blog Mahaguru58 yang budiman. Jika lalu disana, singgah lah sekejap bertanya khabar pada nya.

Alang alang saya dah ada kat Lenggeng, daerah pendalaman Nogori Sembilan, makanya saya pun pergilah singgah makan disalah sebuah warung Masakan Minang di Kampong Katop dihujung pekan Lenggeng.

Inilah makanan tengahari saya di sana. Daging masak lomak cili padi dan sepotong ayam goreng berempah. Sodap!!! Tapi kebanyakan isi ayam tu saya sedekahkan pada dua ekor kucing yang datang merayu mengiau ngiau pada saya. Dah rezeki kucing kucing tersebut. :-)


Insya Allah jika ada masa, mahu saya menjelajah lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads