Jumaat, 27 September 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: DRAMA &#39;LIVE&#39; <b>DI</b> AWAL PUASA DAN &#39;KARLOS&#39;

Posted: 24 Jul 2013 07:56 PM PDT


Hari pertama puasa aku telah menyaksikan drama melayu secara 'live' berhampiran tempat aku bekerja. Kisahnya bertemakan penderitaan seorang wanita yang dipukul suami kerana si suami seorang penagih dadah, lebih malang lagi anak perempuannya yang baru berumur antara enam atau tujuh tahun, pun menjadi mangsa, tambah teruk lagi bayi kecil yang tah berapa bulan dilarikan oleh suami durjana itu, menjadi bahan ugutan akan mencampakan bayi kecil itu jika si isteri melapor kepada pihak polis. Luruh jantung aku bila si anak mengadu dia pernah dipukul oleh bapanya dengan helmet, tetapi sikecil itu sangat kuat, dia masih mampu bercerita tanpa rasa sebak dan simpati, namun jiwanya telah rosak akibat gejala sosial yang melanda kedua ibu bapanya.
   Si isteri disarankan supaya melaporkan perkara ini kepada pihak polis, tetapi dia engan melakukannya walaupun didesak beberapa kali. Alasannya kerana si suami memegang bayi kecilnya dan dia takut akan keselamatan bayinya. Aku tak nampak itu alasan yang konkrit untuk dia tidak bertindak, apa yang aku nampak ialah dia sengaja tidak mahu melaporkan perkara itu atas alasan lain. Mungkin dia masih sayang pada suami dia dan merelakan saja perbuatan suami dia itu, atau dia kasihan kepada nasib suami dia jika perkara ini melibatkan pihak polis atau dia merasa malu pada pihak lain samada ibu bapa atau saudara mara atau kawan kawan dan jiran jiran jika dia tidak lagi mempunyai suami. Sedangkan menurut si isteri suaminya telah lama tidak bekerja, hanya sekadar duduk dirumah.
   Akhirnya entah atas apa pun alasan, aku melihat selepas si suami keluar dari sebuah klinik berdekatan yang aku percayai si suami telah dapat ubat 'methadone' yang dikehendakinya, lalu si isteri bersama anak anaknya membonceng motosikal si suami dan beredar dari situ. Maka selesai lah satu kisah menyayat hati yang berakhir dengan persoalan.
   Drama seperti ini selalu kita dengar kisahnya atau kita baca di dada dada akhbar atau diceritakan dalam slot slot perbicangan dikaca tv dan kadang kadang menjadi cereka dalam drama drama melayu.
   Aku pun tak pasti apakah mesej yang nak di sampaikan dalam drama 'Karlos' itu, mungkin mesej nya adalah 'Jangan jadi kaki judi nanti anak bini merana sampai mati' atau 'Setia lah kepada suami kerana syurga dibawah tapak kaki suami walaupun suami tahi judi'. Aku memang 'confius' dengan cerita 'Karlos' tu, apakah pendidikan yang dapat kita pelajari dari cerita itu?, adakah ia mengajar kita supaya setia kepada bapa atau isteri perlu setia kepada suami walaupun terpaksa hidup bergelumang dengan rezeki yang penuh dosa dan terpaksa sangsara hingga akhir hayat.
   Watak 'Karlos' itu sangat berbeza atau bertentangan dengan jiwa aku, berbanding dengan aku yang tidak berapa baik dan suci semasa remaja. Suatu ketika bapak aku membelasah aku begitu teruk disebabkan aku mendekati dan bergaul dengan budak budak yang sedang berjudi walaupun aku tidak berjudi. Kerana aku sudah meningkat remaja aku tidak sanggup lagi di belasah begitu aku hampir hampir membelasah kembali bapak dengan kerusi dan akhirnya bapak aku tidak berani membelasah aku lagi. Tindakan bapak aku itu sebenarnya dengan tujuan baik untuk memberi amaran kepada aku akan bahayanya bila jadi 'tahi judi'. Aku yang terpaksa menempuh ranjau kehidupan ini akhirnya menjadi manusia yang berguna dan menjadi kebanggaan bapa semasa hayatnya masih ada.
   Berbeza dengan 'Karlos' yang tengah bersolat tiba tiba dibelasah oleh bapanya yang kalah judi. Karlos langsung tidak melawan dan hanya menerima saja belasahan itu. Tindakan bapa dia itu kerana beranggapan karlos pembawa sial, disebabkan perangai bapanya itu si Karlos telah bergaul dengan orang yang jahat dan akhirnya dia terus bergelumang dengan kejahatan, namun begitu dia masih lagi ada sifat sayang kepada bapa dia yang jahat itu tetapi akhirnya dia tetap berakhir dengan mati di tali gantung. Si ibu yang lemah itu hanya sekadar berdoa dan bertawakal kepada tuhan tiada babak perjuangan yang mampu ditonjolkan dan bapa terus dengan kejahatannya.
   Tiada nilai perjuangan dalam drama 'Karlos', aku yang mengikuti drama itu sangat kecewa pada pengakhiran cerita itu. Penulis penulis drama, penerbit, pengarah dan sebagainya yang terlibat dalam pembikinan drama melayu kena mengubah pendekatan mereka. Jangan hanya sekadar mencari untung semata tanpa rasa tanggung jawab kepada masyarakat. Tidak boleh kah diserapkan nilai nilai melawan dalam drama drama melayu, semangat semangat juang yang kental yang boleh dijadi kan iktibal, yang boleh susuri jalan kepada anak anak muda kita, yang boleh di jadikan panduan kepada wanita wanita yang teranaiya di luar sana agar berjuang membela nasib mereka sendiri.
 
  Jika di kaitkan antara 'Drama live' yang aku saksikan dengan drama 'Karlos' di kaca tv itu tidak jauh bezanya, beza nya hanyalah antara 'tahi judi' dengan tahi 'senoneng', beban penderitaan tetap jatuh kepada wanita dan anak anak. Wanita dalam kedua drama itu mempunyai sikap yang sama, tidak mahu berjuang untuk diri dan anak anak hanyalah bergantung harap kepada takdir. Sampai bila kita akan terus menyaksikan drama seperti itu, adakah akan berterus terusan tanpa akhiran, semuanya atas kita yang menentukan, bukan takdir diri dan penyerahan bulat bulat kepada tuhan.
   Sebagai pengakhiran, jangan lah biarkan bangsa kita lemah tanpa semangat untuk berjuang, perjuangan bukan hanya dalam peperangan tetapi juga didalam aman, perjuangan dalam kehidupan ini lebih hebat lagi jika dibandingkan perjuangan didalam peperangan. 'Semangat Berjuang Bangsa ku'.
Ikhlas dari 'Juasseh Cafe'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads