di negeri sembilan - Google Blog Search |
Dato' Mohd Khalid Yunus, pengerusi jawatankuasa pemantau <b>...</b> Posted: 16 Aug 2013 10:56 AM PDT Seremban, 17 Ogos – Jawatankuasa pemantau proses pemilihan UMNO 2013. Di Negeri Sembilan, pengerusi jawatankuasa pemantau proses pemilihan UMNO 2013, Dato' Mohd Khalid Yunus, (veteran UMNO) telah dilantik bagi memastikan perjalanan persidangan di peringkat cawangan dan bahagian berjalan dengan tersusun dan teratur. Disamping itu, jawatankuasa pemantau di peringkat bahagian turut dilantik dan terdiri dikalangan pemimpin veteran dan tidak mempunyai kepentingan dari sudut pemilihan kali ini dan akan datang. Berbeza pada sesi pemilihan UMNO yang lalu, pemilihan pucuk pimpinan UMNO kali ini akan merujuk kepada sistem dan perlembagaan baharu UMNO yang telah digubal. Ketika ini, kebanyakan cawangan telah mula bersidang dan mereka dibenarkan bersidang sehingga 15 September 2013. Jelas Menteri Besar Negeri Sembilan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan lagi, "persidangan cawangan yang berlangsung perlu dipantau sebaik mungkin dan setiap ahli perlu scan mykad masing-masing bagi menentukan status bagi membolehkan mereka mengikuti persidangan cawangan seterusnya memilih perwakilan cawangan ke bahagian." Tegas Menteri Besar, "scan ini penting kerana jika ianya tidak dipantau dengan sebaik-baiknya, ia akan memberi kesan kepada pemilihan presiden, timbalan presiden, naib presiden juga Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ujarnya lagi, "dulu, MKT dipilih di perhimpunan agung UMNO, di PWTC.. kini, akan dibuat pemilihan secara serentak di semua bahagian UMNO seluruh negara yang memerlukan pemantauan dan pengesahan dari jawatankuasa pemantau yang bersifat berkecuali. Katanya lagi di sidang media ringkas selepas majlis rumah terbuka MPS semalam, semua jawatankuasa UMNO cawangan telah diberi taklimat dalam satu majlis yang berlangsung pada bulan April lalu. |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan