Isnin, 12 Ogos 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Bantu kerajaan jayakan usaha tingkat syiar Islam <b>di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

Datuk Seri Mohamad Hasan

Kepemimpinan masjid perlu bersamaSEREMBAN 11 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak seluruh kepemimpinan masjid bersama-sama dengan kerajaan menjayakan usaha meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Beliau berkata, perkara itu perlu memandangkan masjid adalah institusi yang sangat dekat dengan masyarakat di semua peringkat.

Katanya, tanpa kerjasama daripada kepemimpinan masjid dasar-dasar yang dilaksana kerajaan bagi meningkatkan syiar Islam tidak akan mendapat kejayaan seperti dimahukan.

"Mungkin menganggap peranan kita kecil tetapi sebenarnya sangat besar kerana kita adalah pengurus masyarakat dalam kariah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian bantuan tahunan masjid serta sumbangan kepada Nazir, Setiausaha dan Bendahari 288 masjid seluruh negeri ini di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Mohamad selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyerahkan sumbangan berjumlah RM1.57 juta.

Sementara itu, katanya, audit terhadap masjid di negeri ini tidak menemui penyelewengan dalam pengurusan kewangannya.

Tambahnya, sepanjang tahun lalu, semua masjid di negeri ini mengumpul sebanyak RM14.8 juta sumbangan daripada pelbagai pihak dan daripada jumlah itu sebanyak RM13.9 juta dibelanjakan untuk tujuan mengimarahkan masjid.

Beliau turut berkongsi prestasi dan kecemerlangan MAINS dalam urus tadbir dan menduduki tempat pertama peringkat kebangsaan dengan skor 96.2 peratus dalam Laporan Audit Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads