Sabtu, 17 Ogos 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Video Insiden Ganas Lelaki Pukul Wanita Dengan Tukul Besi <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2013 10:57 PM PDT


SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun, dipercayai individu di dalam video yang memukul seorang wanita beberapa kali dengan menggunakan penukul besi.

Klip video yang menunjukkan adegan ganas dan tidak berperikemanusiaan itu telah tersebar luas di laman media sosial Facebook dan YouTube sejak hujung minggu lalu.

Ia menunjukkan suspek memukul wanita berusia 29 tahun yang dipercayai bekas teman wanitanya.

Wanita itu dikenali sebagai Lim Pui Lee menerima 30 jahitan di kepala dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

NST Online melaporkan, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asistan Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Katanya, kejadian berlaku sekitar 10 pagi Sabtu selepas kedua-duanya bertengkar di rumah suspek.

Pertengkaran berlaku selepas wanita tersebut menuduh suspek memecahkan cermin keretanya.

Suspek dan mangsa dikatakan sudah menjalin hubungan selama 13 tahun dan telah berpisah.

Mereka juga dikatakan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun - ABN news

Video insiden ganas lelaki pukul wanita dengan tukul besi ini boleh disaksikan di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads