Sabtu, 31 Ogos 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Perkhidmatan Tren Elektrik <b>Di Rembau</b> Bermula 30 Ogos

Posted: 28 Aug 2013 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan operasi tren elektriknya di Stesen Rembau pada 30 Ogos ini.

Kenyataan KTMB menyebut perkhidmatan tren itu meliputi laluan Rembau–Seremban-Kuala Lumpur–Rawang dan stesen perantaraan.

Menurut kenyataan itu, enam perkhidmatan disediakan setiap hari iaitu tiga dari Rembau ke Rawang pada waktu pagi, dan tiga dari Rawang ke Rembau pada sebelah petang.

Perkhidmatan itu adalah sambungan dari tren komuter sedia ada yang bermula dan berakhir di Stesen Sungai Gadut.

Tambang yang dikenakan juga berpatutan seperti dari Rembau ke Sg Gadut (RM1.60), Rembau ke Seremban (RM2.60), Rembau ke Kajang (RM5.80), Rembau ke Bandar Tasek Selatan (RM6.90), Rembau ke Kuala Lumpur Sentral (RM7.50) dan Rembau ke Rawang (RM9.50).

Tambang konsesi dengan diskaun 50 peratus juga diberikan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun manakala perjalanan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah empat tahun.

Untuk maklumat lanjut, termasuk jadual perkhidmatan tren, pengguna boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 1-300-88-5862.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads