05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search |
Komuniti Surau An-Nur Kasturi Height, Putra <b>Nilai</b>, <b>Nilai</b>, <b>Negeri</b> <b>...</b> Posted: 17 Jul 2013 08:51 AM PDT Hari ini telah masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Alhamdulillah, kehadiran ke Surau An Nur masih dikekalkan walaupun tidak dinafikan jumlah kehadiran semakin berkurangan. Ini adalah fenomena biasa di mana-mana surau dan masjid di seluruh dunia. Tahun ini, Ramadhan di Surau An Nur lebih meriah jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu. Banyak kemudahan baru yang menjadikan kehadiran ke Surau An Nur semakin ceria. Terima kasih kepada para penyumbang yang menjadikan surau lebih ceria dan menyeronokkan untuk dikunjungi. Terima kasih juga kepada ahli kariah yang terdiri dari penduduk Desa Casuarina, Desa Melati 1, 2 dan 3, Nilai Springs Heights dan Nilai Springs Villas tak terkecuali penduduk Desa Kasturi Heights sendiri yang menjadi lokasi Surau An Nur yang setia untuk berjemaah dan menuntut ilmu di Surau An Nur. Untuk hari-hari mendatang di Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, JK Surau An Nur telah merancang aktiviti-aktiviti berikut;
Semoga aktiviti-aktiviti yang dirancang mendapat sambutan dan sokongan samada moral atau kewangan di kalangan ahli kariah. Ahli Kariah juga digalakkan menyumbang buah fikiran melalui wadah yang disediakan iaitu blog rasmi http://surauannurkasturiheight.blogspot.com/ Nantikan berita-berita terkini mengenai aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa di Blog Surau An Nur. Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti surau atau ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi Tuan Hj Jaafar Amir, Bendahari Surau (012-210 1437) atau Sdr Hamidon Zaini, Penolong Setiausaha Surau (017-317 4880). |
You are subscribed to email updates from di nilai negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan