Khamis, 22 Ogos 2013

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


“Air masuk rumah,bumbung sudah terbang” – tangisan penduduk <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2013 10:17 PM PDT

244GEMAS – "Makcik tinjau hadapan rumah bila terdengar pokok tumbang, namun sebaik makcik berpusing ke belakang, makcik dapati sebahagian bumbung rumah sudah diterbangkan angin," luah Suraidah Tawal, 56, ketika ditemui di kediamannya di Taman Sentosa, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.20 petang itu, hujan lebat dan angin luar biasa mengakibatkan 42 kediaman iaitu Taman Sentosa, 28 rumah; Taman Desa Permai Gemas (6) dan Pasir Besar (3) termasuk Surau Taman Sentosa terjejas.

Suraidah berkata, ketika kejadian dia sedang membaca surat khabar sementara suaminya, Mohd Lamsah Tawal, 72, sedang menunggu untuk pergi bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pekan Gemas.

"Mujur suami makcik belum pergi kerja lagi. Selepas itu, kami bergegas menutup perabot di dalam rumah namun kudrat kami tidak mampu menyelamatkan barangan dan banyak perabot rosak.

"Sepanjang makcik menetap di sini sejak 26 tahun lalu, kejadian seumpama ini sudah dua kali berlaku. Bagaimanapun, kejadian terbaru adalah yang terburuk pernah kami alami," katanya.

Susulan bencana itu, Setiausaha Barisan Nasional Bahagian Tampin, Hanafi Deris hadir bagi menyampaikan sumbangan Parlimen Tampin.

Sementara itu, Rohani Ahmad, 56, dari Taman Desa Permai Gemas berkata, kepulangan mereka sekeluarga dari Bangi, Selangor kira-kira jam 7.40 malam semalam, disambut dengan hujan lebat dan air memenuhi ruangan rumah.

"Sebaik membuka pintu rumah, makcik lihat air sudah memenuhi rumah dan ini adalah kejadian ribut paling buruk pernah makcik alami," katanya. – SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads