Rabu, 31 Julai 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


<b>Negeri Sembilan</b> akan wartakan larangan sebar fahaman Syiah <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2013 04:00 PM PDT

Posted on July 24, 2013, Wednesday

SEREMBAN: Negeri Sembilan akan mewartakan larangan penyebaran fahaman Syiah kepada penganut agama Islam di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, larangan itu yang akan dimasukkan ke dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk diperkenan sebelum ia dapat dikuatkuasakan.

"Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan Majlis Fatwa, semalam telah membincangkan perkara ini dan kita telah berse-tuju bahawa satu larangan perlu diwartakan dan akan dipersembah untuk per-kenan Tuanku Muhriz.

"Bila Tuanku sudah per-kenankan nanti kita akan mengeluarkan arahan ini dan sesiapa yang melanggar arahan atau larangan ini kita boleh dakwa mereka di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampai-an dividen RISDA, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk mencontohi kerajaan Negeri Kedah yang mewartakan fatwa anti-Syiah, baru-baru ini.

Mohamad berkata, pewartaan larangan itu akan me-rangkumi aktiviti penyebaran risalah, berceramah dan perbuatan-perbuatan lain seumpamanya yang dianggap boleh menghasut seterusnya memesong akidah umat Islam.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan berkata, larangan itu hanya berkuat kuasa kepada aktiviti penyebaran fahaman Syiah dan kerajaan negeri tidak berhasrat mengharamkan terus fahaman itu.

Katanya, sebagai sebuah negara yang demokrasi berasaskan Perlembagaan setiap individu adalah bebas untuk mengamalkan agama dan fahaman masing-masing.

"Jadi di Negeri Sembilan ini kita mengambil pendekatan begitu, kita tidak terus mengharamkannya kerana kita melihat ia dari pelbagai sudut terutama dari sudut memelihara perlembagaan persekutuan," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads