Jumaat, 5 Julai 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Gangguan bekalan air di 4 daerah <b>di Negeri Sembilan</b> hari ini - N9Kini

Posted: 01 Jul 2013 05:30 PM PDT

SEREMBAN, 02 Julai : Beberapa kawasan di daerah Rembau, Tampin, Jelebu dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok (hari ini) berikutan kerja penyelenggaraan loji rawatan air, menaik taraf pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di loji dan pemasangan injap.

Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Zulkifli Ibrahim berkata di Rembau, gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi membabitkan Taman Datuk Maharajalela, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sedia Raja, Rumah Rakyat Chembong, Jalan Kampung Chembong, Kampung Berkat, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah dan Kampung Chembong Air Hitam.

"Selain itu, Kampung Baru Chembong Air Hitam, Kawasan Industri Chembong, Taman Desa Chembong, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Tanjung Sena Ulu, Sekola Teknik ERT Rembau, Kampung Rendah, Kayu Ara, Rumah Undang Rembau, Taman Kebun Kelapa dan KTM Rembau," katanya di sini, semalam.

Katanya di Tampin, gangguan bekalan air juga selama 12 jam mulai 8 pagi membabitkan Felda Sungai Kelamah 1, 2 dan 3, Kampung Sungai Dua, Kampung Tenai, Maju Ternak, Kampung Kurnia Diraja, kilang papan Jalan Gemas, Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kampung Pasir Besar dan Felda Palong 1.

Di Jelebu, gangguan bekalan air adalah selama sembilan jam mulai 8 pagi membabitkan Pekan Titi, Felda Titi, Sungai Muntoh, Kampung Puom, Kampung Chennah, Penjara Titi dan Perikanan Titi.
Sementara itu, Zulkifli berkata di Seremban, gangguan bekalan air adalah selama 16 jam mulai 8 malam melibatkan seluruh kawasan Seremban 2, Oakland, Jln Labu Batu 2 hingga Batu 10, kawasan rehat dan rawat Seremban, Taman Bukit Kepayang, Taman Bukit Kristal dan Taman Mutiara Galla, Galena, kawasan perindustrian Nilai 2 dan 3, Taman Semarak 1 dan 2, industri ringan Semarak 2, Rumah Rakyat Batang Benar, Taman Mutiara, Sungai Mahang, Taman Murni, Bukit Inai, Taman Melor, Kampung Sungai Mahang, Pekan Nilai, Taman Ban Aik, Taman Ros Merah, Taman Datuk Shahbandar Batu 13 dan Jln Labu Batu 10 hingga Batu 14.

Menurutnya, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. – Bernama

Sumber : Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads