Khamis, 4 Julai 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Pusat 3S Hyundai Dibuka <b>Di Seremban</b> | Arena Kereta

Posted: 30 Jun 2013 07:37 PM PDT

hyundai 640x331 Pusat 3S Hyundai Dibuka Di Seremban

Dengan pelancaran Pusat 3S yang baharu oleh Wheelex Sdn Bhd di Seremban, menjadikan bilangan 3S (jualan, service & alat ganti) milik Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sebanyak 20 buah.

Proses pembinaan 3S baharu ini telah menelan belanja RM4 juta, akan menyediakan perkhidmatan "Quick Service", pengambilan serta penghantaran, shuttle serta khidmat basuh kereta percuma.

Pelanggan boleh menunggu di ruang menunggu yang eksklusif; mempunyai Wi-Fi percuma, mesin membancuh kopi serta televisyen bersaluran Astro.

 Pusat 3S Hyundai Dibuka Di Seremban
Dengan adanya Pusat 3S di Seremban ini dapat memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelanggan-pelanggan Hyundai dari bandar sekitar Seremban seperti Nilai, Senawang, Port Dickson, Lukut dan Bahau. Mereka tidak perlu pergi jauh untuk mengunjungi pusat service Hyundai.

Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun memberitahu terdapat 7 Pusat 3S Hyundai sedang dibina di seluruh Malaysia, dan dijangkakan akan mula beroperasi awal tahun 2014.

Pusat 3S di Seremban ini terletak di No. 120A, Jalan Tuanku Antah, waktu operasinya dari Isnin hingga Sabtu bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan tutup pada hari Ahad. Manakala bilik pamerannya dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang, Sabtu dan Ahad 9 pagi hingaa. 5 petang.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi 06-7673366 (jualan) or 06-7633366 (service).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads