Jumaat, 26 Julai 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Pegawai Daerah <b>Rembau</b> dan Jelebu angkat sumpah <b>di</b> hadapan <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 01:19 AM PDT

_DSC8593

Seremban, 24 Julai – Dua orang Pegawai Daerah baharu dilantik angkat sumpai jawatan di hadapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di pejabat Menteri Besar hari ini.

Kedua-dua pegawai daerah baharu dilantik tersebut, masing-masing mempunyai pengalaman yang luas dan berpotensi membantu memajukan kawasan masing-masing menjadi lebih baik dan mempunyai matlamat dan misi selaras dengan agenda kerajaan negeri iaitu mahu mensejahterakan rakyat negeri ini dengan terbaik mungkin.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan Pegawai Daerah Rembau ialah Encik Zaidi Johari yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah (Gred M54) di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

Berasal dari Melaka, mempunyai seorang isteri dan empat (4) orang anak dan memiliki Sarjana Muda (BA), Universiti Malaya. Telah berkhimat selama 17 tahun.

Manakala, bekas Ketua Penolong Setiausaha Unit Dewan Undangan Negeri, Tuan Hj Mohamed Roduan Ujang, 55 tahun mengangkat sumpah sebagai Pegawai Daerah Jelebu bermula pada  15 Julai lalu.

Pengalaman beliau selama 32 tahun di dalam pelbagai jabatan dan agensi dijangka mampu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Hj Mat Ali Hj Hasan, di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads