Sabtu, 6 Julai 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Periksa operasi bot <b>di PD</b> tanpa sebarang kelonggaran - MB

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

SEREMBAN 10 Jun - Peraturan tetap berkaitan keselamatan operasi membabitkan operator feri, bot pelancong, jet ski, kayak dan sebagainya di pantai peranginan Port Dickson dekat sini, perlu diperhalusi supaya dipatuhi tanpa sebarang kelonggaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peranan itu perlu diambil Jabatan Laut serta agensi berkaitan supaya semua operator memastikan faktor keselamatan tidak diabaikan ketika berurusan dengan pelancong di pantai peranginan tersebut.

"Peraturan operasi tetap sudah sedia ada termasuk keperluan jaket keselamatan, jarak bot dan pantai serta beberapa lagi. Malangnya ada yang tidak mengikuti peraturan ini sehingga membahayakan keselamatan pengunjung.

"Saya mahu peraturan ini diperhalusi semula dan operasi operator ini dipantau. Kita tidak mahu sekadar lesen dan permit diberikan tetapi selepas itu operasi mereka tidak dipantau mahupun diperiksa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam masa sama, Mohamad mahu operator jet ski dan bot pelancong yang digunakan di pantai Port Dickson mematuhi peraturan untuk tidak berlegar di kawasan orang ramai sedang mandi.

"Saya tidak mahu dengar ada bot mahupun jet ski ini melanggar pengunjung yang sedang mandi di pantai peranginan Port Dickson," katanya.

Tambah beliau, pondok keselamatan pantai yang diwujudkan di Port Dickson juga akan terus berfungsi dalam memberi bantuan segera kepada mangsa ketika berlaku kemalangan.

"Jika ada arahan yang diberikan seperti ombak besar dan keadaan laut yang bahaya, pengunjung perlulah patuhi. Dengar nasihat termasuk arahan papan tanda," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads