05 di gemencheh - Google Blog Search |
apa - apa aje lah.......: Peringatan Kepada Semua Penduduk <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 22 Jul 2013 02:47 AM PDT Peringatan kepada semua penduduk di sepanjang Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas bahawa mulai 26 Julai 2013, sistem elektrik berkuasa 25kV akan disaluran ke talian atas di landasan Batang Melaka ke Gemas. Dengan pentenagaan ini, aku rasa seluruh rangkaian landasan dari Seremban ke Gemas telah pun dibekalkan dengan tenaga elektrik berkuasa 25kV. Semua penduduk di kawasan berdekat landasan hendaklah menjauhi dari mendekati landasan dan mematuhi arahan supaya tidak memotong/merosakkan pagar yang telah didirikan di kiri dan kanan landasan. Gunakan jejantas atau jejambat yang disediakan untuk melintasi landasan keretapi. Jangan bina 'lintasan rata haram' untuk kegunaan sendiri kerana ianya menyalahi undang-undang dan membahayakan diri sendiri. Anak-anak juga diingatkan agar tidak bermain-main dekat dengan kawasan ini kerana dikhuatiri akan mengancam keselamatan mereka. Jangan sesekali bermain layang-layang dekat dengan talian atas kerana ianya boleh mengakibatkan kejutan elektrik. Patuhi arahan dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak KTMB demi untuk keselamatan bersama. Jangan ada lagi lembu-lembu yang berkeliaran di sepanjang landasan seperti sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from di gemas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan