Khamis, 18 Julai 2013

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


LaLeena Choice&#39;s: Tukang Jahit Diperlukan <b>Di GEMAS</b>, N9.

Posted: 07 Apr 2013 05:14 AM PDT

HANI'S CHOICE ENTERPRISE

NO 7 TINGKAT BAWAH JALAN PASAR,
734000 GEMAS, NEGERI SEMBILAN.

Kami mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan sebagai tukang jahit di syarikat kami. Antara keistimewaan yang kami tawarkan ialah
  1. Pekerja akan mempelajari pelbagai jenis jahitan pakaian lelaki dan wanita
  2. Penginapan dan pengangkutan disediakan
  3. Peningkatan pendapatan mengikut kebolehan dan kemahiran
  4. Potongan KWSP / SOCSO
  5. Elaun lebih masa

013-6684456 (EN.HAIRUL ANUAR)





BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di gemas</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2013 09:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kemajuan <b>Bahau</b> atas usaha BN - N9Kini

Posted: 27 Mar 2013 08:34 PM PDT

JEMPOL  - Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membantu meningkatkan pembangunan di kawasan pembangkang demi memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak tersisih.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin (gambar) berkata, walaupun Bahau dikuasai oleh DAP, BN mahu kawasan tersebut terus maju dan tidak tercicir dari pelbagai aspek.

"Rakyat perlu sedar bahawa pembangunan dan kemudahan yang mereka peroleh di Bahau bukan datang daripada pihak pembangkang.

"Kita tidak mahu rakyat tertipu apabila melihat Bahau semakin maju di bawah DAP. Memang Bahau semakin maju, tetapi atas usaha kerajaan BN. Semua peruntukan datang daripada kerajaan negeri mahupun Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kegagalan DAP Bahau menyelesaikan masalah rakyat telah membuka ruang kepada BN untuk memenangi kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ada sebahagian masyarakat di Bahau telah melahirkan rasa tidak puas hati apabila banyak masalah tidak diselesaikan di bawah kepimpinan DAP.

"Rakyat sendiri sudah boleh menilai masa depan mereka jika DAP terus menjadi pemimpin di kawasan mereka. Kita juga pasti mereka tidak akan menggadaikan masa depan kawasan mereka dengan cara memberi peluang kepada DAP untuk terus menguasai Bahau," katanya.

Lilah menjelaskan, pihaknya yakin Bahau boleh menjadi milik BN khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Selain pengundi Cina yang merupakan majoriti penduduk di Bahau, 70 peratus masyarakat India di Bahau kini menyokong kerajaan," katanya.

Beliau menjelaskan, BN telah menyediakan beberapa cara untuk memenangi hati rakyat malah parti itu telah lama bersiap sedia untuk berjuang dalam pilihan raya umum ini.

"Selain stesen kereta api yang bakal berwajah baru, kerajaan juga telah membina lampu limpah di padang Bahau dengan kos dianggarkan bernilai RM500,000. Kini rakyat tidak perlu risau jika mahu menggunakan padang di waktu malam kerana kita telah mengatasi masalah tersebut.

"Selain itu Majlis Daerah Jempol (MDJL) sedang membina premis perniagaan di pekan ini dengan kos RM200,000. Premis lima pintu ini terletak di tepi jalan utama dan mempunyai kemudahan tandas bagi setiap unit kedai," jelasnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads